Meskipun sudah berkecimpung dalam bidang seni balet sejak berusia lima tahun, ini tidak menjadi hambatan bagi Tyara Chynta Puteri Noor Azhar, 14 tahun, untuk mendalami seni tradisional Nusantara, khususnya Tari Topeng.
Tyara merupakan antara empat individu yang dipilih untuk menyertai program Residensi Tari Topeng 2025, sebuah inisiatif yang dikendalikan Yayasan Warisan Melayu (MHF), di bawah Program Pensijilan Seni (ACP) dengan kerjasama Universiti Negeri Malang, Indonesia.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg