Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puteri Balqis sambut Lebaran dengan gelandangan

Apr 1, 2025 | 3:05 PM
Setiap Aidilfitri, bakat muda Malaysia, Puteri Balqis Azizi, menyambut perayaan itu bersama gelandangan di ibu negara, Malaysia, sambil mendengarkan perkongsian kisah peribadi mereka yang menyentuh jiwa.
Setiap Aidilfitri, bakat muda Malaysia, Puteri Balqis Azizi, menyambut perayaan itu bersama gelandangan di ibu negara, Malaysia, sambil mendengarkan perkongsian kisah peribadi mereka yang menyentuh jiwa. - Foto INSTAGRAM MOROSECHILD

Mengenang nasib mereka yang lebih memerlukan, adalah lumrah bagi pelakon Malaysia, Puteri Balqis Azizi.

Beliau meraikan perayaan Aidilfitri bersama gelandangan di ibu negara, Malaysia.

Balqis, atau lebih mesra disapa Aqish, 17 tahun, berpeluang menyantuni gelandangan semasa Syawal sejak beberapa tahun lalu.

Ia telah membuka matanya selain dapat mendalami kehidupan insan lain, lapor laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

“Tidak seperti orang lain, biasanya rutin Hari Raya kami lebih kepada menziarah gelandangan. 

“Apabila bersembang dengan mereka, banyak cerita yang saya dapat seperti dibuang keluarga dan berkahwin tetapi merempat di jalanan.

“Tiada siapa yang mereka boleh kongsi cerita. Kadang-kadang, apabila saya bercakap dengan mereka, seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku depan mata.

“Mereka ini sama seperti kita, iaitu seorang anak, suami dan isteri tetapi akhirnya jadi begitu,” katanya yang ditemui pada acara bertemu peminat, Drama Sangat TV3, di Setia Alam, Malaysia, pada 22 Mac.

Pelakon drama, Keluarga Itu, itu turut mengagumi keterbukaan gelandangan berkongsi kisah peribadi yang menyayat hati.

Malah, beliau mengakui tidak mempunyai kekuatan seperti mereka. 

Dalam perkongsian singkat itu juga, Aqish memberitahu beliau tidak mempunyai waktu tertentu untuk bertemu gelandangan.

“Ada kalanya, saya bangun tidur, tonton Netflix, makan dan pergi ke sana (ke lokasi gelandangan),” kata Aqish, yang telah menempa nama dalam dunia seni sejak dari kecil.

Bagi dirinya, persiapan Aidilfitri dibuat secara sederhana bersama ibu tercinta, Norashikin Mohd Aziz. 

Meskipun Lebaran disambut dua beranak, beliau tetap menerima keadaan itu dengan hati terbuka dan tidak berasa iri melihat kemeriahan Syawal orang lain.

Aqish yang menggemari ayam masak merah hasil air tangan ibunya, berkata:

“Persiapan Hari Raya saya biasa sahaja. 

“Selalunya, saya ada satu baju sahaja, iaitu baju tradisional atau pakai kemeja-T dan seluar denim.

“Saya tidak pernah cemburu melihat cara orang lain meraikan Syawal. Kami meriah dengan cara sendiri.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg