Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahsia Sofea Jane kekal awet muda? Kecantikan dalaman...

Bintang filem jelita kini duta makanan tambahan yang diusahakan suami isteri terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha
Apr 28, 2025 | 12:50 AM
Datin Sofea Jane Hisham menganggap kecantikan dalaman sebagai memancar pada wajah mereka yang positif.
Datin Sofea Jane Hisham menganggap kecantikan dalaman sebagai memancar pada wajah mereka yang positif. - Foto AKAUN X SOFEA JANE

Datin Sofea Jane Hisham, 53 tahun, berpegang pada prinsip kecantikan sebenar datang dari dalaman termasuk bagaimana cara seseorang memperlihatkan sisi positif dalam diri.

Sofea berkata amalan pemakanan dan gaya hidup sihat menjadi antara faktor penting untuk terus menjaga kesihatan, sekali gus dapat menyerlahkan keanggunan diri.

“Pada saya, kecantikan sebenar adalah sesuatu yang kita buat untuk diri sendiri seperti mempunyai keyakinan.

“Keyakinan tidak semestinya datang dari luar, tapi dari dalamannya juga bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup.

“Ini termasuk keperibadian sebagai seorang manusia serta bagaimana anda melihat dunia. Itulah yang saya terapkan selama ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada majlis pelancaran produk kesihatan Toujours Advanced di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, pada 28 April.

Pada majlis itu, Sofea diumumkan sebagai Duta Suplemen Toujours Advanced White Tomato Drink, yang diusahakan pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai duta produk berkenaan, Sofea berkata inilah kali pertama beliau bersetuju untuk bekerjasama selepas lebih tiga dekad bergelar anak seni.

Beliau menambah selepas meneliti ramuan produk dan mencuba selama tiga bulan secara konsisten, dirinya memutuskan untuk menerima tawaran itu kerana dikatakan memberi kesan positif.

“Ini kali pertama saya menerima tawaran sebegini sepanjang kerjaya saya. Produk baru ini menggunakan bahan ‘plant based’ (berasaskan tumbuhan).

“Saya adalah seseorang yang menggunakan produk berasaskan tumbuhan dalam tempoh yang lama.

“Kebanyakan diet saya masih dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi saya tertarik dengan produk baru yang mereka hasilkan ini,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg