Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sofia Jane sedia jadi ‘mak bidan’, timang cucu sulung

Mar 25, 2025 | 5:30 AM
Sofia Jane
Pelakon filem, ‘Harry Boy’, Datin Sofia Jane, teruja bakal menyambut suasana Aidilfitri 2025 di Eropah dengan kehadiran cucu sulung. - Foto INSTAGRAM SOFIA JANE

Sambutan Aidilfitri bagi pelakon filem era 1990-an, Harry Boy, Datin Sofia Jane Hisham, kali ini lebih istimewa kerana bakal menyambut kehadiran cucu sulung yang dijangka lahir pada hujung Mac.

Terdahulu, Sofia berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib, pada 9 September 1995.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

Pada 2019, anak pertama Sofia, Arissa Azman, 29 tahun, telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki asal Jerman.

Menyusuli pernikahan mereka, Arissa dan suami, Maximilian Lotz, menetap di Eropah.

Bagi Sofia, 53 tahun, beliau sangat teruja kerana penantian bergelar nenek selama enam tahun kini berakhir juga.

“Tidak sabar untuk tunggu kelahiran cucu sulung saya. 

“Ya, saya akan bercucu. Itulah proses kehidupan, saya menjadi anak dara, ibu dan tidak lama lagi menjadi nenek. Saya sangat teruja. 

“Insya-Allah, doakan agar semuanya selamat (proses kelahiran cucu) nanti,” jelas Sofia kepada laman web Berita Harian Malaysia (BHM), dalam satu wawancara di sidang media filem Mencari Ramlee, yang dijayakannya.

Filem itu bakal menemui penonton pada 19 Jun.

Ia diarah Megat Sharizal bahkan telah diperam selama dua tahun kerana menanti masa tepat untuk ditayangkan.

Karya berkenaan turut mengetengahkan pelakon seperti Tony Eusoff, Mimi Lana, Azhan Rani, Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Anas Ridzuan, Bront Palarae, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah serta Vanidah Imran.

Sofea, pelakon drama bersiri, One Cent Thief itu, turut berkongsi dirinya bakal meraikan Aidilfitri di Eropah, bersama Arissa sekeluarga.

Dalam pada itu, beliau bersedia menjadi ‘bidan’ untuk menjaga anak serta cucu pertamanya selama tempoh berpantang.

“Sebagai ibu, saya suka kombinasi moden dan tradisional untuk anak saya menjalani tempoh berpantang.

“Berbanding dulu, zaman sekarang lebih senang kerana kita ada banyak produk tempatan yang membantu ibu selepas bersalin menjalani tempoh berpantang di rumah.

“Jadi, sayalah yang akan menjadi ‘mak bidan’, menjaga anak termasuk memakaikan bengkung dan sebagainya nanti,” ceritanya.

Selepas tamat tempoh berpantang, Sofia akan pulang ke Malaysia kerana beliau bakal menjayakan sebuah pementasan teater, Visits, arahan pelakon, penerbit dan pengarah, Ida Nerina, pada Jun ini.

Wataknya ialah sebagai seorang jururawat atau ‘The Nurse’.

Beliau yang pernah berlakon dalam pementasan yang sama pada 2002, kali ini, akan berkongsi pentas bersama Nabila Huda dan Nadia Aqilah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg