Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remy Ishak terima gelaran Datuk, Ashraf Muslim terima pingat Bintang Khidmat Terpuji

Aug 26, 2024 | 2:48 PM
Pelakon Remy Ishak (kiri) dan Ashraf Muslim (kanan) antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada 24 Ogos.
Pelakon Remy Ishak (kiri) dan Ashraf Muslim (kanan) antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada 24 Ogos. - Foto SINAR HARIAN

MELAKA: Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim adalah antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada 24 Ogos.

Remy, atau nama sebenarnya, Mohamad Zalimei Ishak, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Manakala, Ashraf, atau nama sebenarnya, Mohd Ashraf Muslim, menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Remy, ketika ditemui wartawan, berkongsi bahawa beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah tersebut.

Beliau menyifatkan anugerah tersebut sebagai sangat bermakna sepanjang kerjayanya bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas, lapor Sinar Harian.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)... mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya,” kata beliau.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang, sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” tambah Remy.

Sementara itu, Ashraf pula berkata menerima BKT merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu juga.

“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg