Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Rizalman undur diri sebagai pereka fesyen

Feb 21, 2020 | 03:47 PM



KUALA LUMPUR: Pereka fesyen tersohor Malaysia, Datuk Rizalman Ibrahim, mengundurkan diri daripada dunia fesyen selepas tiga dekad membangunkan jenamanya.



Beliau membuat pengumuman tersebut di Konsert Kesuma Jiwa 2020 di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Khamis (20 Feb), lapor Berita Harian Malaysia.



“Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani.



“Faizul sudah 15 tahun bersama saya. Keputusan ini dibuat sejak tahun lalu. Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia fesyen.



“Selepas ini saya boleh fokus kepada cabang lain termasuk hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan,” katanya di sidang media selepas konsert tersebut.



Di konsert itu, Rizalman memperagakan koleksi terakhirnya sebagai pereka fesyen, yang merupakan kerjasama dengan gedung dalam talian, Zalora.



Konsert itu antara lain menampilkan persembahan dari Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >