Roy Azman masuk hospital susulan jangkitan kuman pada kelangkang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Roy Azman masuk hospital susulan jangkitan kuman pada kelangkang

Feb 7, 2026 | 7:41 PM

Roy Azman masuk hospital susulan jangkitan kuman pada kelangkang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Roy Azman, jangkitan kuman, kelangkang, tahan sakit, Sinar
Roy Azman terpaksa menangguhkan tugas di bagi satu program di Sinar kerana jangkitan kuman pada kelangkang. - Foto ihsan ROY AZMAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Roy Azman dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada 6 Februari akibat jangkitan kuman di bahagian kelangkang.

Isterinya, Cik Rafidah Mohd Razali, berkata suaminya sudah lama mengadu sakit di bahagian kelangkang kanan tetapi cuba bertahan dari berjumpa doktor.

“Dia berjalan terhencut-hencut akibat kesakitan yang dialaminya sejak seminggu lalu. Mulanya kecil saja dan dia mengadu sakit tapi dia tetap bekerja.

“Tapi lama kelamaan ‘benda’ itu makin membesar. Puncanya tak tahulah tapi bacaan gulanya tinggi. Doktor kena suntik insulin untuk turunkan gula sebelum buat pembedahan.

Tak buat pemeriksaan kesihatan

“Abang Roy tak pernah makan apa-apa ubat sebelum ini sebab dia tak pernah buat pemeriksaan kesihatan, tak pernah ambil tahu,” kata Cik Rafidah kepada Harian Metro.

Cik Rafidah, yang juga bekas anggota kumpulan Princess, berkata Roy sepatutnya akan memulakan tugas di stesen radio pada 9 Februari ini, namun terpaksa menangguhkannya.

“Doktor pun tak boleh beritahu bila dia boleh keluar. Doktor kata kalau gula tak tinggi, dia bolehlah keluar cepat. Tapi apapun dia kena ambil insulin dulu.

“Kena kawal gula barulah boleh buat pembedahan sebab kalau tak buat, susah dia nak kerja sebab benda itu membesar.

“Sebelum ini, Abang Roy ada terbabit dengan program untuk Sinar. Dia tahan sakitlah. Tengok saja macam dia seronok tapi apabila balik rumah mengadu sakit,” katanya lagi.

Projek Bapak-Bapak boleh disaksikan di aplikasi mewatch.

Trivia Roy Azman

  • Nama sebenar Zairosminan Abdul Rahman.
  • Dilahirkan pada 30 Mei 1970
  • Mula berlakon sejak berumur 18 tahun semasa akhir era 1980-an.
  • Filem pertamanya pada 1993 ialah karya komedi, Cikgu Romantik, yang dijayakan Mr Os dan Raja Ema.
  • Mempunyai lima anak, hasil perkongsian hidup dengan Rafidah Mohd Razali sejak berkahwin pada 2006.
Watch on YouTube
Watch on YouTube
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg