Sharifah Shahora teroka bidang pengarahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sharifah Shahora teroka bidang pengarahan

Mar 5, 2026 | 1:07 PM

Sharifah Shahora teroka bidang pengarahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sharifah shahora
Selepas menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Sharifah Shahora dalami bidang pengarahan. - Foto HARIAN METRO

Penerbit dan pelakon berpengalaman, Sharifah Shahora kini melebarkan sayap apabila bergelar pengarah menerusi telefilem genre komedi berjudul, Kampung Gatal, bagi tayangan di saluran TV3 pada Aidilfitri ini.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Riena Diana, Nabila Razali, Syarul Ezani, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Shahora atau nama sebenarnya, Sharifah Shahora Syed Akil, 52 tahun, berkata beliau mendapat kebenaran suaminya yang juga pengarah filem, Raja Mukhriz, untuk mengarah telefilem komedi pertama selepas menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2025.

“Suami benarkan saya untuk mengarah ketika kami pergi ‘pitching’ (perancangan) telefilem ini untuk stesen TV3.

“Suami juga beritahu jiwanya bukan pada genre komedi dan anggap saya paling sesuai.

“Pada masa sama, saya juga sudah tamat pengajian dalam industri kreatif seperti bidang pengarahan, konsep, pengurusan, fotografi, warna dan ‘production design’ (reka bentuk penerbitan).

“Sebelum ini, saya pernah mengarah dokumentari drama untuk RTM, tapi cuma ganti tempat Mukhriz sahaja.

“Tapi kali ini, saya mengarah sepenuhnya ikut jiwa dan tampilan yang dimahukan,” katanya dalam laman Harian Metro.

Mengulas dakwaan dirinya dianggap sudah terlewat untuk bergelar pengarah, kata Shahora, jika diikutkan kehendak hati, beliau tidak bercita-cita untuk terbabit dalam bidang pengarahan sebelum ini.

“Memang saya sudah cakap dari dulu, saya takkan mengarah tapi apabila sudah ada syarikat sendiri, kita mula rasa jika telefilem ini orang lain yang mengarah, ia takkan sampai seperti apa yang dimahukan.

“Suami juga beritahu jika drama genre berat atau aksi, beliau boleh mengarah tapi jika komedi dia mahu saya yang lakukan.

“Sebenarnya, bila sudah duduk di kerusi pengarahan ini, ia memang memenatkan kerana bila balik rumah sudah malam, tapi sekali-sekala bolehlah,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, kata pemilik penerbitan Eleven Field Creative itu, beliau tidak mahu mengarah drama untuk penerbitan orang lain.

“Bila saya mengarah dalam penerbitan sendiri, saya tidak ambil bayaran gaji kerana saya mahu laburkan pada nilai penerbitan itu.

“Saya juga ambil ramai pelakon tambahan seperti, sehari dalam 20 orang. Sebab bila berlakon dengan penerbitan orang lain, hanya ada dua atau tiga orang saja pelakon tambahan.

“Drama sekarang susah nak dapat pelakon tambahan, hanya dua hingga lima orang, dan kadang-kadang pejabat pun nampak kosong. Kalau dalam kolej pun, hanya depan ada pelajar dan belakang tidak ada,” kata Shahora.

Beralih tentang penggambaran pula, Shahora akur berdepan dengan cabaran bergelar pengarah dan pelakon pada masa sama untuk merealisasikan telefilem berkenaan.

“Memanglah ‘stress’ (tertekan) sebab saya mengarah dan berlakon sekali. Dari segi barisan pelakon, saya tiada masalah kerana mereka semuanya bagus.

“Tapi bila saya mengarah ini, suami banyak membantu untuk saya jaga ‘shot’ (gambar) sebab saya masih kurang mahir dalam perkara itu.

“Penggambaran cerita ini berlangsung selama tujuh hari dan kami cuba buat sebaik mungkin sepanjang tempoh itu,” cerita Shahora.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg