Zarynn Min terharu anak muda hargai bakat lakonan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zarynn Min terharu anak muda hargai bakat lakonan

Feb 26, 2026 | 2:18 PM

Zarynn Min terharu anak muda hargai bakat lakonan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, zarynn min, pelakon
Pelakon Malaysia, Zarynn Min, tidak mengendahkan ketika dilabel ‘muka bersepah’ oleh segelintir pihak di media sosial kerana sering muncul di kaca televisyen. - Foto INSTAGRAM HIBGLAM

Pelakon Malaysia, Zarynn Min, tidak mengendahkan ketika dilabel ‘muka bersepah’ oleh segelintir pihak di media sosial kerana kerap muncul di kaca televisyen.

Sebaliknya, Zarynn, atau nama sebenarnya, Noraszarinawati Tumin, 46 tahun, berpendirian tindakannya mempromosikan diri secara terbuka adalah usaha wajar demi kelangsungan kerjaya seni.

Menurutnya, penggunaan tanda pagar #ZarynnNakJobShooting di media sosial, Instagram, bukan bertujuan meraih simpati.

Bagaimanapun, ia merupakan strategi pemasaran peribadi untuk memudahkan pihak penerbitan mengenal pasti ketersediaannya.

“Saya bukan merintih, tapi itu cara saya pasarkan diri sendiri. Ada juga yang tanya, ‘Tak malu ke buat macam itu?’

“Bagi saya, ini cara mudah untuk beritahu pihak penerbitan yang saya ‘available’ (bersedia untuk berlakon).

“Ada segelintir fikir saya sudah tak mahu berlakon sebab sibuk berniaga.

“Jadi, hantaran itu adalah peringatan dan maklumat buat mereka,” katanya dalam laman Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau ditemui BHM pada tayangan filem dan sidang media filem drama sosial provokatif, Amira Amir, di Tanamekar The Hills, di Malaysia, pada 24 Februari.

Meskipun ada pihak berasa kurang senang dengan pendekatan itu, Zarynn akur strategi berkenaan ternyata membantu memudahkan urusan penerbitan mencari pelakon yang bersesuaian.

Dalam masa sama, pelakon drama, Dendam Seorang Isteri, itu tidak menafikan timbul rasa bimbang sekiranya persepsi negatif itu menjejas nama baiknya sehingga dianggap terlalu kerap muncul di kaca televisyen.

Beliau turut menjelaskan kemunculan wajahnya yang dianggap ‘bersepah’ itu kebanyakannya berpunca daripada siaran ulangan drama lama, selain kerap dipanggil sebagai ‘penyelamat’ bagi menjayakan babak tertentu dalam sesebuah penerbitan.

“Sebenarnya, saya selalu jadi ‘penyelamat’.

“Ada projek yang asalnya saya tak terbabit pun, tetapi apabila ada babak imbas kembali yang berat dan pelakon sedia ada tidak dapat menyampaikannya dengan baik, penerbitan minta tolong saya buat kameo,” jelasnya.

Zarynn turut menegaskan disiplin kerja serta ketiadaan kontroversi sepanjang lebih dua dekad dalam industri menjadi antara faktor beliau terus menjadi pilihan pihak penerbitan, walaupun namanya tidak ‘naik’ seperti pelakon lain.

“Saya berlakon sebab ini minat saya.

“Soal nama tak naik itu belakang kira, yang penting kesan lakonan sampai kepada penonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zarynn mengakui terharu dengan setiap pujian dan kata-kata positif yang diterimanya, terutama daripada generasi muda yang membesar menonton lakonannya.

“Saya terharu sebenarnya. Walaupun saya ini sudah ‘warga emas’, atau ‘warga purba’ orang kata, dari kecil mereka (penonton) semua tengok saya.

“Bila dapat komen begitu, lagi-lagi daripada golongan muda, saya rasa sangat dihargai,” kata Zarynn dengan rendah hati.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg