Topic followed successfully
Go to BHkuSheila Rusly tak sangka jiran dengan perompak
Sheila Rusly tak sangka jiran dengan perompak
Sheila Rusly tak sangka jiran dengan perompak
Baru-baru ini, pelakon, Sheila Rusly, mendedahkan pengalaman mengejutkan selepas mengetahui jiran yang menyewa di depan rumahnya rupa-rupanya perompak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, selama lebih satu dekad menetap di kawasan perumahan tersebut, Sheila mengakui beliau langsung tidak pernah meragui tahap keselamatan di situ.
“Kejadian malam tadi. 12 tahun duduk ‘gated & guarded residential’ baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya perompak sewa, ‘scary’ kan?” katanya.
Walau bagaimanapun, Sheila tidak memperincikan kejadian sebenar yang dimaksudkan, lapor Says.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen berkongsi pelbagai reaksi.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

