Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shiqin Kamal: Aidilfitri kurang makna sejak ibu tiada

Apr 8, 2025 | 3:53 PM
Meskipun ibunya telah meninggal dunia sekitar 11 tahun lalu, namun, kehilangannya masih tetap dirasakan oleh pelakon Malaysia, Shiqin Kamal, yang merayakan Aidilfitri secara sederhana bersama tiga orang kakak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Meskipun ibunya telah meninggal dunia sekitar 11 tahun lalu, namun, kehilangannya masih tetap dirasakan oleh pelakon Malaysia, Shiqin Kamal, yang merayakan Aidilfitri secara sederhana bersama tiga orang kakak di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto INSTAGRAM SHIQIN KAMAL

Pemergian ibunda tercinta membuatkan sambutan Aidilfitri kali ini kurang bermakna buat pelakon Malaysia, Shiqin Kamal.

Jika orang lain sibuk berpakaian sedondon, anak bongsu dalam keluarga tujuh beradik itu hanya memilih busana jubah rona hitam sejak pemergian bonda tercinta, Allahyarhamha Khadijah Bee, sekitar 11 tahun lalu (2014).

Shiqin, atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal, 33 tahun, berkata 1 Syawal lalu hanya disambut separuh hari iaitu, sekadar melakukan kegiatan sendiri selepas solat sunat Aidilfitri, menziarahi kubur, bersalaman bersama adik-beradik dan menikmati juadah pagi Raya.

“Aidilfitri seakan tiada lagi makna selepas ibu meninggal dunia. 

“Selepas arwah tiada, pakaian saya hanya jubah hitam dengan wajah polos pada pagi raya. 

“Tiada lagi pakaian cantik di pagi 1 Syawal.

“Jika kawan minta kongsi foto dalam kumpulan WhatsApp, saya tidak akan lakukan sebab tidak beraya seperti orang lain,” lapornya dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Setiap kali Syawal menjelma, pelakon filem, Riversi, itu meraikannya bersama tiga kakak di Kuala Lumpur, Malaysia, sementara adik-beradik lain beraya bersama keluarga mentua.

“Saya hanya bersiap jika ada undangan majlis. Jika tidak, saya takkan bersiap walaupun bergelar artis, saya juga tidaklah bergaya sakan.

“Mungkin selepas berkahwin nanti barulah saya akan berasa makna Hari Raya.

“Sekarang, jika diminta bekerja pada Syawal pun saya tidak kisah,” katanya yang bakal terlibat dalam penggambaran filem berkisar dunia selam, tidak lama lagi.

Menurut Shiqin, beliau sepatutnya menjalani penggambaran di Kuala Terengganu, tetapi terpaksa ditangguhkan akibat cuaca tidak mengizinkan.

Shiqin mengakui teruja menjayakan filem itu kerana buat kali pertama diberikan watak berbeza.

“Sebelum ini, saya sering diberikan watak antagonis. 

“Kali ini, saya diberi kepercayaan membawa watak jurulatih selam mengajar pelatih dalam kalangan orang kurang upaya.

“Jadi, saya sangat teruja menjayakan filem ini,” kata Shiqin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg