Penyanyi Sufian Suhaimi menzahirkan rasa syukur apabila memikul tanggungjawab sebagai bapa bermula 28 April.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam media sosial, Sufian, 34 tahun, menyifatkan detik itu sebagai momen yang sangat dinantikan sepanjang hidup.

Menurut Sufian, perasaannya sukar digambarkan dengan kata-kata kerana diselubungi emosi.

“Hari ini (28 April), Pian (Sufian) dengan penuh rasa syukur hendak kongsi yang Pian sudah pun bergelar ayah

“Sukar untuk Pian (Sufian) gambarkan perasaan kali ini. Rasa sebak, bahagia semua bercampur jadi satu,” katanya.

Sufian turut memuat naik gambar bersama cahaya mata sulungnya di aplikasi TikTok.

.”Skin to skin, heart to heart. Learning to be your safe place (Sentuhan kulit ke kulit, nadi ke nadi. Belajar untuk menjadi tempat selamat buatmu),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada dia dan isterinya atas kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

Sufian dan isteri, Rania Al Sadat mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025. – Agensi berita.