Ummi Nazeera puji keperibadian rakan pelakon, Azhan Rani

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ummi Nazeera puji keperibadian rakan pelakon, Azhan Rani

Feb 26, 2026 | 2:26 PM

Ummi Nazeera puji keperibadian rakan pelakon, Azhan Rani

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ummi nazeera, azhan rani
Pelakon Ummi Nazeera (kanan) berkongsi detik bersama Azhan Rani (kiri), yang membantunya menunaikan impian mencium Hajarul Aswad di Makkah ketika melakukan penggambaran bersama, baru-baru ini. - Foto INSTAGRAM UMMI NAZEERA

Pelakon drama, Andai Tiada Dia, Ummi Nazeera, meluahkan rasa syukur dan kagum terhadap keperibadian rakan pelakon, Azhan Rani.

Ummi, atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 36 tahun, berkongsi detik bersama Azhan, 50 tahun, yang membantunya menunaikan impian mencium Hajarul Aswad di Makkah ketika melakukan penggambaran bersama, baru-baru ini.

“Abang An (panggilan buat Azhan) memang baik sangat hati dia.

“Masa saya pergi ke Makkah untuk ‘shooting’ (membuat penggambaran) dengan dia, dialah yang tolong saya untuk cium Hajarul Aswad,” tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial, lapor Harian Metro.

Menurut Ummi, memandangkan fizikalnya yang kecil dan keadaan lautan manusia yang luar biasa pada ketika itu, beliau menyangka peluang untuk mendekati Hajarul Aswad adalah mustahil.

Apa yang menyentuh hati Ummi adalah apabila Azhan sendiri yang menawarkan bantuan tanpa diminta.

“Masa itu memang ramai sangat orang.

Almost impossible (Hampir mustahil) rasa. Badan saya pula kecil sahaja. Tapi Abang An yang tanya dulu, ‘Ummi nak cium Hajarul Aswad tak?” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Ummi menyifatkan pelakon drama Nur itu sebagai insan luar biasa, lantas bersyukur wujudnya orang yang baik seperti Azhan.

“Allah, Abang seorang yang hebat. Alhamdulillah untuk orang-orang seperti ini,” tulisnya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg