Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mimi Lana terbatuk-batuk bila perlu ambil ‘10 take’ babak merokok

‘Mencari Ramlee’ kisah fiksyen 1970-an selepas era P. Ramlee tiada
May 31, 2025 | 11:55 PM
Mimi Lana, batuk, P. Ramlee, Mencari Ramlee, 1970-an
Mimi Lana membawakan watak pengarah teater bernama Yasmin yang merokok dalam filem ‘Mencari Ramlee’, lantas mengalami gejala batuk selepas beberapa kali menjayakan adegan menghisap rokok. - Foto fail

Pelakon Mimi Lana menyifatkan adegan hisap rokok dalam filem terbarunya, Mencari Ramlee, antara tugasan mencabar.

Mimi, 30 tahun, menghidupkan watak Yasmin, iaitu pengarah teater dalam filem berkenaan mengakui beliau mengalami gejala batuk selepas beberapa kali menghisap rokok.

“Hisap rokok dalam dan luar filem perasaannya berbeza. Kalau menjayakan babak merokok dalam filem, ada banyak ‘take’ perlu dibuat.

“Ada masa saya perlu hisap berulang kali sampai terbatuk-batuk. Saya tak hisap rokok, jadi ini cabaran buat saya.

“Saya pernah merokok dalam filem sebelum ini, tapi untuk filem Mencari Ramlee ini banyak juga rokok dihabiskan,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Mencari Ramlee, pada 29 Mei.

Mimi, atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, berkata beliau tidak mengalami masalah batuk serius sehingga perlu dibawa ke hospital.

“Kalau ia memudahkan, tak banyaklah rokok yang perlu diambil, tapi 10 ‘take’, 10 batang rokok perlu hisap memang sakitlah dada.

“Bagaimanapun, tiada apa-apa yang berlaku seperti kecederaan atau masuk hospital. Saya hisap rokok pada hari penggambaran babak itu sahaja, bukan hari-hari,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Dalam pada itu, Mimi mengakui terbuka sekiranya ada penonton menyifatkan dirinya sebagai perokok profesional.

Malah, katanya, apa dilakukan hanya memenuhi tuntutan karakter dalam filem berlatar masa era 1970-an itu.

“Itu bukan saya, tapi karakter dibawa, Yasmin. Kalau nampak saya macam perokok profesional, maksudnya saya berjaya bawa watak dengan baik.

“Saya rasa pada zaman 1970-an dulu memang itu adalah budayanya.

“Dalam filem ini, memang mahu tunjukkan budaya zaman 1970-an, jadi tiada sebab saya perlu menolak babak ini,” katanya.

Filem Mencari Ramlee berlatarkan masa era 1970-an dengan mengetengahkan kisah fiksyen selepas pemergian Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu, bakal menjengah pawagam bermula 19 Jun depan.

Selain Mimi, filem pertama arahan Megat Sharizal itu turut dibintangi Tony Eusoff, Datin Sofea Jane dengan penampilan khas Azhan Rani, Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani, Vanidah Imran dan cucu P Ramlee, Najua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg