Dalam filem klasik, Tiga Abdul, arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, terdapat satu frasa yang melekat di minda saya hingga ke hari ini: “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.”

Ungkapan ringkas dalam adegan P. Ramlee (Abdul Wahub) dan Datuk Sarimah (Ghasidah) di kandang kuda membawa makna yang cukup mendalam, iaitu perselisihan, sama ada kecil atau besar, adalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga.