Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wawa Zainal masuk hospital dek gastrik teruk

Jun 2, 2025 | 2:54 PM
 Wawa Zainal, Aeril Zafrel
Suami pelakon Wawa Zainal, Aeril Zafrel, memaklumkan gastrik yang Wawa alami tidak kritikal dan dibenarkan pulang pada 1 Jun, sebaik mendapat rawatan susulan di hospital. - Foto INSTAGRAM WAWA ZAINAL

Dek mengalami masalah gastrik teruk, pelakon Malaysia, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya, Wawa Zainal, atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 34 tahun, yang juga merupakan pelakon dan usahawan, terpaksa dimasukkan ke hospital pada 31 Mei.

Menurut Aeril, 36 tahun, masalah gastrik berlaku kepada Wawa mungkin disebabkan tabiat isterinya yang terlalu kerap mengambil minuman panas sehingga berlaku luka pada bahagian dalam perut.

Bagaimanapun, bapa empat anak itu berkata Wawa sudah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan susulan di hospital.

“Disebabkan gastrik, Wawa perlu ambil suntikan dan ditahan di wad. Dia memang gastrik teruk, sampai tak boleh berjalan.

“Sebenarnya, Wawa degil dan tak nak pergi ke hospital. 

“Tapi saya cakap kalau tak nak pergi, kita susah dan akan kacau semua perancangan.

“Dia gastrik kerana suka minum air panas walaupun doktor sudah nasihatkan, tapi degil juga. 

“Dia masuk wad satu hari sahaja, hari ini (1 Jun) sudah keluar,” katanya yang ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada sidang media Pelancaran Komik Kolaborasi Under18 X Klepet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dalam pada itu, Aeril berkongsi keadaan Wawa tidak kritikal namun perlu mengambil langkah penjagaan seperti dinasihati doktor sebagai usaha merawat masalah kesihatan dialami.

Dalam perkembangan lain, Aeril yang juga Penerbit Eksekutif bagi filem aksi komedi, Klepet, mengumumkan kolaborasi dengan Komik Under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz.

Menurut Aeril, filem itu turut mendapat kerjasama studio Respected Citizen yang menyaksikan gabungan dunia komik dan filem dalam satu naskhah sama.

Filem Klepet arahan Indra Putra bakal ditayangkan hujung 2025 dan dibintangi pelakon Malaysia seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg