Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zara Zya berang dituduh ‘penyondol’

Aug 16, 2024 | 9:24 AM
Zara Zya
Pelakon, Zara Zya, berkata beliau terkejut dengan tuduhan yang dilempar ke arahnya oleh seorang wanita di Facebook. Perempuan itu mendakwa beliau menjalin hubungan sulit dengan suaminya. - Foto BHM

Tiada angin tiada ribut, seorang individu mendakwa pelakon, Zara Zya, merampas suaminya menerusi kiriman mesej di wadah Facebook.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39 tahun, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas serta tidak benar.

Dengan nada berang, Zara berkata beliau “tidak ambil pusing” dengan tuduhan tersebut kerana menganggap individu yang mengirim mesej berkenaan seperti kurang siuman. 

“Dakwaan perempuan itu memang sangat tidak berasas, macam tiba-tiba saja.

“Saya ‘penyondol’? Saya tak pernah ke arah itu pun. Daripada situ saya dah boleh agak yang dia tak berapa ‘sihat’ tapi saya tertanya jugalah macam mana orang begini boleh ada akaun media sosial sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Zara berkongsi tangkap layar mesej daripada seorang individu yang menuduhnya ‘menyondol’ suami orang serta menghina rupa paras Zara seperti seekor haiwan

Dalam pada itu, Zara meluahkan kebimbangan kerana sentiasa menjadi mangsa serangan peminat fanatik yang terlalu obses terhadapnya.

“Sangat menakutkan, sebab selalunya golongan lelaki sahaja yang suka serang saya dan tak pernah pula seteruk ini.

“Selepas jadi macam ini makin bertambah risau, dan saya perlu beringat tak kisah jantina setiap orang berisiko mendatangkan bahaya sebenarnya,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang langkah keselamatan untuk menghalang perkara itu daripada berulang, Zara memberitahu beliau hanya mampu menyekat pihak tersebut daripada terus menghubunginya.

Sekiranya terpaksa bersemuka dengan ‘golongan’ tersebut, Zara akan memastikan dirinya dikawal rapi bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku.

“Saya sudah block (sekat) individu tersebut tapi setakat itu sajalah. Kalau dalam media sosial senang tapi kalau bersemuka macam mana kita nak halang kalau ada yang cuba apa-apakan kita.

“Sebab itu saya kalau nak jumpa orang ramai, memang akan ada orang yang jaga saya misalnya pengawal peribadi dan sebagainya,” kongsinya. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg