Ayam Rebus Tos Minyak Cili

Ayam rebusnya sangat lembut dan hebat dipadankan dengan nasi ayam. Dengan minyak cili, hidangan ini mempunyai rasa yang tersendiri tanpa memerlukan perisa sampingan seperti cili bawang putih ataupun sos soya. Ini adalah hidangan yang tidak boleh dilepaskan.

RASA UNIK: Hidangan Kaki Ayam kaya dengan rempah dan tidak hanyir.
RASA UNIK: Hidangan Kaki Ayam kaya dengan rempah dan tidak hanyir. - Foto BH oleh Nur Diyana Taha

Kaki Ayam

Bagi penggemar hidangan kaki ayam atau mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru, hidangan ini bukan sahaja hidangan kegemaran Cef Boz, malah ia berperisa dengan keseimbangan rempah yang sempurna. Hidangan ini sememangnya antara yang terbaik dalam hidangan bufet.

Itik Bakar

Kadangkala itik panggang yang dihidang agak keras dan kering. Bagaimanapun, itik bakar ini masih mengekalkan kelembutannya, manakala kulit yang dibakar menambah tekstur hidangan yang paling sesuai dimakan bersama nasi ayam.

Ladu Udang Shanghai

Ruji Dim Sum, ladu udang Shanghai adalah antara hidangan yang mesti dicuba dengan pelbagai dim sum stim seperti Chicken Siew Mai, Charcoal Golden Sand Bun dan Chicken Char Siew Pao.