Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jamu selera, kembara rasa dengan bufet ‘Jom Dim Sum’

The Buffet Restaurant di M Hotel teroka pasaran halal untuk beri pelanggan Islam lebih pilihan
Jun 3, 2023 | 5:30 AM
TEMBUSI PASARAN HALAL: Ketua Cef M Hotel Singapore, Cef Boz Zarul Yacob menyediakan bufet dim sum pertama di Singapura, ‘Jom, Dim Sum’ di The Buffet Restaurant.
TEMBUSI PASARAN HALAL: Ketua Cef M Hotel Singapore, Cef Boz Zarul Yacob menyediakan bufet dim sum pertama di Singapura, ‘Jom, Dim Sum’ di The Buffet Restaurant. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

TIDAK begitu mudah menikmati hidangan tradisional Cina seperti dim sum kerana bilangan restoran halal terhad yang menyajikan sajian Cina itu.

Namun, Hotel M Singapore yang terletak di daerah Kawasan Pusat Bandar (CBD) telah mendapat sambutan menggalakkan bagi bufet dim sum, bukan sahaja daripada masyarakat Melayu, malah daripada pekerja yang datang sewaktu makan tengah hari.

Bufet ‘Jom, Dim Sum’ di The Buffet Restaurant merupakan bufet dim sum halal pertama di Singapura.

“Dengan meneroka pasaran halal, ia adalah salah satu cara untuk kami menjejak cita rasa pelanggan kami sambil memenuhi permintaan untuk makanan Cina,” kata Ketua Cef, The Buffet Restaurant di M Hotel Singapore, Cef Boz Zarul Yacob.

PELBAGAI JUADAH CINA: Makanan tradisional Cina yang ditawarkan termasuk Udang Chee Chong Fun, Nasi Ayam dengan Itik dan Ayam Bakar, Siew Mai dan Lotus Bunny Bun.
PELBAGAI JUADAH CINA: Makanan tradisional Cina yang ditawarkan termasuk Udang Chee Chong Fun, Nasi Ayam dengan Itik dan Ayam Bakar, Siew Mai dan Lotus Bunny Bun. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

“Mencari bahan halal seperti cuka hitam dan kicap sos soya bukan senang. Malah, kami membawa masuk bahan-bahan yang diperlukan dalam sajian masakan Cina dari Malaysia, China dan juga di Singapura demi memastikan rasanya itu tetap asli,” tambah beliau yang memulakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada awal Januari.

Hidangan seperti Siew Mai dan juga Pao Char Siew sering menggunakan bahan seperti daging babi dan ia digantikan dengan ayam.

Antara hidangan yang istimewa di bufet itu termasuk ayam rebus bersama minyak cili, kaki ayam dan itik bakar.

“Kaki ayam adalah antara hidangan yang amat disukai orang Cina kerana ia mengandungi kolagen yang bagus untuk kulit. Dengan itu, kami amat teliti dengan persiapan hidangan tersebut dan memastikan kaki ayam itu tidak hanyir,” katanya.

HIDANGAN DIGEMARI: Kaki ayam antara hidangan popular di bufet ‘Jom, Dim Sum’.
HIDANGAN DIGEMARI: Kaki ayam antara hidangan popular di bufet ‘Jom, Dim Sum’. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Selain bufet dim sum, The Buffet Restaurant juga menyediakan hidangan stimbot dengan pilihan bahan yang luas seperti makanan laut, daging premium dan pes buatan tangan seperti tomyam.

“Sup stimboat disiapkan tanpa menggunakan perisa makanan seperti monosodium glutamat (MSG). Selain itu kami juga menggunakan kaki ayam dalam sup kolagen,” tambah Cef Boz yang juga menyediakan sos pencicah untuk dimakan dengan daging atau makanan laut.

Demi kekal relevan dengan permintaan masyarakat Melayu, Cef Boz baru-baru ini melancarkan bufet K-Pot.

“Kini lebih ramai yang gemari budaya Korea dan juga muzik K-Pop. Justeru kami menyediakan bufet K-Pot ini dengan hidangan Budae Jjigae yang dikenali sebagai ‘Army Stew’. Persiapan sup itu menggunakan bahan seperti pes Gochujang,” katanya.

Gochujang merupakan pes cili merah yang manis dan pedas serta sering digunakan dalam masakan Korea.

Pengalaman merasa makanan Korea dilengkapi dengan banchan (makanan sampingan) seperti acar lobak dan hidangan panas seperti ayam goreng Korea, daging lembu Korea rebus dan Japchae (suun dan sayur yang digoreng dan rasanya agak manis).

“Singapura ialah masyarakat yang berbilang budaya dan agama. Dengan adanya hidangan sebegini yang disahkan halal, kami menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih inklusif,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg