Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Huawei Matepad 11.5 bantu tingkat daya hasil pejabat

Sep 7, 2023 | 6:00 AM
PEMBANTU PEJABAT: Gergasi teknologi China Huawei, melancarkan komputer tablet Matepad 11.5 (LTE) untuk kegunaan pejabat.
PEMBANTU PEJABAT: Gergasi teknologi China Huawei, melancarkan komputer tablet Matepad 11.5 (LTE) untuk kegunaan pejabat. - Foto HUAWEI

Pengguna di pejabat yang mahukan tablet comel tapi padat dengan teknologi perhubungan dan alat bantu daya penghasilan terkini boleh mempertimbangkan Huawei Matepad 11.5” (LTE).

Antara ciri utama komputer tablet ialah skrin sebesar 11.5 inci, papan kekunci yang boleh dipisahkan serta sistem operasi HarmonyOS 3.18 yang canggih.

Satu lagi kemudahan ialah perisian ‘speech to text’ AI Voice 9 yang boleh memproses rakaman suara daripada pelbagai bahasa menjadi teks.

Antara bahasa yang disokong ialah Inggeris, Sepanyol, Perancis, Jerman, Italy, Arab, Poland dan Melayu.

Huawei Matepad 11.5” (LTE) boleh ditempah awal pada harga $498 dan pembeli boleh menerima hadiah promosi berupa beg, tetikus, papan kekunci bijak, alat simpan data jenis Thumbdrive dan payung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg