Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hutan bakau, alam semula jadi ‘pancing’ pelancong

Feb 18, 2024 | 05:30 AM



Jangan sangka Brunei hanya tempat tentera berlatih di dalam hutan rimbanya yang tebal.

Sebaliknya, ia boleh dijadikan tempat beristirahat dan ruang ‘melarikan diri’ daripada tekanan kerja untuk bersantai dalam keadaan sekitaran menenangkan lagi murni.

Demikian pengamatan yang dikongsi Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf Haji Metussin, pada sesi membina rangkaian kenalan bersama ejen pelancongan Singapura, anjuran badan pelancongan Brunei Tourism di Hotel Royal Plaza On Scotts, baru-baru ini.

Haji Abdul Manaf menambah Brunei adalah destinasi dengan daya tarikan eksklusif yang mungkin tidak menarik perhatian setiap orang tetapi menawarkan sesuatu yang istimewa sehingga menyebabkan negara itu menyerlah di mata pelancong.

“Saya bertuah kerana berpeluang melihat landskap menakjubkan dan mengalami sendiri kebudayaan menarik di pelbagai daerah dunia sepanjang kembara kerja saya ke luar negara.

“Namun, pernahkah anda melihat keajaiban alam semula jadi Brunei Darussalam? Hutan hujan kami belum tersentuh dan masih berdiri megah dalam bentuk aslinya.

“Tahun lalu, saya mengunjungi dua taman hutan bakau yang dikhususkan buat pelancong di rantau ini...dengan dua pemandu pelancong membawa saya kelilingi taman tersebut begitu bangga dengan kewujudan taman itu.

“Namun sejujurnya, apa yang saya lihat adalah salah satu taman itu sedikit sebanyak merupakan hutan bakau yang kelihatan merosot mutunya dan cuba dipulihkan semula. Justeru, pada penghujung sesi jelajah itu, saya menunjukkan kepada mereka gambar Hutan Bakau Selirong.

“Mereka terkejut melihat saiz hutan bakau kami di Brunei dan bagaimana ia masih pada bentuk aslinya.

“Keajaiban alam semula jadi Brunei termasuk hutan hujannya yang indah serta hutan bakaunya yang masih dipelihara mewujudkan suasana tenang dan istimewa lagi unik,” ujar Haji Abdul Manaf.

Beliau menekankan tentang pegangan teguh pada usaha membangun pelancongan yang bertanggungjawab serta condong pada ekopelancongan.

Brunei Tourism menyasarkan kedatangan pelancong antarabangsa seramai 362,000 orang dengan anggaran pulangan pelancongan sebanyak BND 228 juta ($228 juta) pada 2024.

Pada 2023, seramai 8,192 pelancong Singapura berkunjung ke Brunei dengan pihak Brunei berharap jumlahnya akan bertambah pada 2024.

Brunei Tourism juga merancang mengadakan kunjungan mengenali Brunei buat ejen pelancongan Singapura dalam beberapa bulan mendatang ini, disusuli siri kempen pemasaran sepanjang tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >