Jika sebagai peserta peringkat separuh akhir dalam Anugerah 2009, Hydir Idris, pernah dikenali dengan suaranya yang menyerupai Anuar Zain atau Jamal Abdillah, kini bakat dan kemahiran vokal Hydir makin terserlah dengan suaranya sendiri yang lebih matang.
Melalui lagu terkininya, Masih, Hydir menyorot jerih payahnya meredah perjalanan dalam industri muzik sejak mula menceburinya seawal usia 17 tahun.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg