Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ibu penyanyi Aiman Tino buat laporan polis susuli peminat fanatik ugut bunuh diri, desak jadi isteri kedua

May 04, 2023 | 12:20 AM



KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil membuat laporan polis bagi melindungi anaknya terhadap ugutan bunuh diri yang diterima daripada seorang peminat fanatik.



Hazelina atau mesra dengan panggilan Riena berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor menandakan mereka serius, tengah hari Rabu (3 Mei).



"Ada seorang peminat fanatik berusia dalam 20-an tahun menghantar mesej untuk menjadi isteri kedua kepada Aiman.



"Untuk makluman, kami pernah membawa wanita ini berjumpa dengan Aiman dan kami sudah memberikan nombor telefon Aiman selepas diminta.



"Bagaimanapun, peminat wanita itu pula menyebarkan nombor telefon Aiman kepada rakannya. Saya sudah kerap dimaklumkan mengenai gangguan ini menerusi kumpulan peminat, Aiman Tino Fan Club.



"Peminat wanita ini mahu membunuh diri jika tidak dapat menjadi isteri Aiman.



"Jadi, kami buat laporan polis kerana takut ada kes bunuh diri dan orang luar menyalahkan Aiman. Saya mahu melindungi anak saya," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online.



Kata Riena, gangguan wanita itu sudah berlanjutan antara tiga hingga empat tahun dan keluarganya tidak boleh bertahan dengan sikap biadapnya itu.



"Saya tidak pernah nak biadap dengan peminat Aiman, tetapi gangguan ini melampau. Kakaknya, Fara Hezel dan adik-beradik lain turut diganggu.



"Isteri Aiman, Che Syarah Haifa Che Isa pun diganggu.



"Malah, peminat wanita ini membuat akaun palsu dan pernah menyamar sebagai bapanya, tanya kenapa tidak melayan anaknya," katanya.



Justeru, Riena berharap, tiada lagi gangguan diterima daripada peminat wanita itu selepas tindakan serius diambil.



"Saya mahukan keluarganya tahu sebab selama ini, peminat ini menggunakan telefon ibu bapanya. Jadi, saya harapkan tiada lagi gangguan selepas kami mengambil tindakan serius ini," katanya.



Terdahulu, Riena memuat naik pendedahan dalam Instagram (IG) mengenai peminat wanita yang mengganggu dan mengugut mahu membunuh diri sekiranya permintaan tidak dilayan.



"Sesiapa boleh cari budak ini tak, tolong nasihatkan dia, sudah melampau sangat. Saya boleh buat laporan polis, tetapi masih berfikir panjang lagi.



"Bukan di sini sahaja dia mesej, Fara Hezel juga diganggu walau disekat berapa kali, dia tetap buat akaun baru. Saya sudah banyak bersabar sebenarnya.



"Sebelum ini, dia ingin bertemu dengan Aiman. Saya dan suami sudah atur dan temukan, siap minta nombor telefon, lepas dapat nombor habis dikongsi kepada orang lain.



"Haruskah saya berlembut lagi? Kalau mati nanti Aiman pula disalahkan, maaf sudah seribu kali maaf. Tetap juga merapu, keluarga dia jika terbaca tolong nasihatkan dia. Nak jadi isteri kedua bagai seram sejuk baca ayat-ayat dia ini.



"Saya kongsi secebis sahaja dan baru pagi ini saya terima," katanya. - BHM ONLINE



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >