Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Identiti' uji keberanian pengarah Raihan ketengah teraju antagonis

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



DRAMA yang disajikan di kaca televisyen memerlukan perubahan dari masa ke masa dan tidak mampu terbiar di takuk lama.



Sebagai pengarah yang teruja keluar dari zon selesanya dan akan berusaha mencuba sesuatu yang tidak pernah diketengahkan di kaca televisyen, pengarah dan penulis naskhah drama Identiti, M. Raihan Halim sentiasa bereksperimen.



Kali ini, beliau ingin tahu sejauh mana stesen televisyen Suria dan penonton sekalian terbuka menerima watak utama sesebuah drama itu ditampilkan sebagai penjahat dan penyamar.



Dalam satu wawancara Zoom Berita Harian bersamanya, Raihan, 40 tahun, daripada Papahan Films, berkata:



"Identiti dihasilkan berkat idea dan usulan enam wanita yang bertugas dengan saya, tiga tahun lalu.



"Salah seorangnya merupakan anggota keluarga saya sendiri, manakala yang lain merupakan siswa yang sudah lulus dan kini terlibat dalam kerja penerbitan.



"Kami terfikir sama ada Suria terbuka menerima drama dengan watak utamanya adalah si penjahat, watak yang digalas Norman Ishak. Sebab kebiasaannya watak utama adalah protagonis atau wira drama dengan ciri-ciri kebaikan.



"Apabila idea ini diterima, ia adalah pencapaian bersejarah buat kami. Perjalanan menghasilkan Identiti ibarat menaiki roller-coaster, penuh dengan emosi pasang surut dan jerih payah.



"Saya akur di sebalik kami banyak terhibur dan bermain di set, kami bekerja keras dan jalan terus. Terasa masa berjalan pantas dan merealisasikannya buat siaran televisyen dan aplikasi meWATCH adalah antara pencapaian kami sepasukan. Tiada hari yang membosankan."



Raihan, yang sebelum ini memulakan trend memikirkan di luar kekotak minda dan kelainan dalam menjana filem dan drama Melayu kreatif menerusi Banting, SR115, Raksasa dan Firasat, ingin kelur daripada dunia cereka sains yang sering dikaitkan dengannya.



"Sebab mengapa saya bersungguh-sungguh ingin melabur tenaga dan masa buat Identiti adalah kerana saya ingin tebarkan sayap dan perluas ufuk pemikiran kami sepasukan dalam menghasilkan drama di luar genre cereka sains.



"Identiti buat saya memikirkan tentang kegelapan setiap watak, bukan sahaja watak utamanya.



"Saya mahu hasilkan naskhah yang memang layak dan mempertingkatkan martabat pelakonnya seperti Lim Yu-Beng, Norman Ishak, Rahimah Yusof dan Siti Hajar. Ia bukan lagi tentang genre tetapi bagaimana saya dapat beri setiap pelakon itu watak yang mencabar diri mereka sendiri serta memberi mereka pengalaman baru.



"Norman akan bertukar-tukar identiti sebagai si penyamar dan pencuri identiti. Rahimah tidak pernah pegang pistol dalam sebarang wataknya sebelum ini. Siti Hajar tidak pernah diserahkan dengan peranan yang memerlukannya bergasak.



"Yu-Beng yang tidak berbual dalam bahasa Melayu diberi dialog yang panjang berjela. Tapi apa yang menakjubkan adalah profesionalisme setiap daripada mereka.



"Mereka buat tugas saya sebagai pengarah menjadi lebih mudah dan ringan walau bermacam perkara bersarang di fikiran.



"Yu-Beng akan datang ke set dengan kesediaan penuh. Pelakon lain harus berhati-hati dan jangan ambil mudah dengan merosakkan dialog penyampaian mereka apabila berlakon dengan aktor mapan sepertinya," cerita Raihan lagi.



Baginya, antara yang menarik adalah melihat Yu-Beng yang biasanya teguh berprinsip dan bergelar wira aksi dalam drama setempat menjadi watak yang mempunyai kelemahan sebagai si kaki perempuan yang terkulai layu, satu kelainan dengan permainan emosi yang ketara.



"Saya mengharapkan dengan bermacam wadah penstriman seperti Netflix, Disney+ dan Hulu memenuhi pasaran, saluran Suria dapat memenuhi cita rasa penonton yang pesat berubah dan dambakan kesegaran.



"Saya selalu akan bertanya apa lagi selepas ini dan takkan berpuas hati dengan setiap usaha memperkenalkan kelainan. Kalau gagal pun tak mengapa. Sebagai penjana kandungan drama dan filem, saya selalu mencari pelakon yang tidak gentar mencuba sesuatu yang baru dan menyahut cabaran baru tanpa mengira usia mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >