Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

NAK BUAT APA?

Iftar di Kampong Gelam, persembahan artis di WGS hujung minggu ini

Mar 21, 2024 | 09:25 AM



Berikut antara kegiatan menarik di Singapura pada hujung minggu 23 Mac dan 24 Mac ini.

Iftar beramai-ramai di Gemilang Kampong Gelam 2024

Mari berbuka puasa di acara iftar beramai-ramai di ‘Gemilang Kampong Gelam 2024’.

Dianjurkan oleh One Kampong Gelam (OKG) dengan kerjasama Eventify, Travel Connect dan Vision.21, benefisiari akan berkumpul bersama untuk menikmati juadah buka.

Acara berbuka beramai-ramai ini bukan sekadar hanya berkongsi makanan, tetapi menunjukkan semangat perpaduan, belas kasihan, dan memberi kembali kepada masyarakat.

Layari Instagram, visitkamponggelam, untuk maklumat lanjut dan klik pautan yang tertera untuk menurut serta dalam acara iftar beramai-ramai atau jika ingin memberikan sumbangan. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah.

Tarikh: 23 Mac, Sabtu

Waktu: 7 hingga 9 malam

Tempat: Kawasan luar Arab Street

Bayaran: Masuk percuma







Persembahan di Wisma Geylang Serai

Pelbagai acara menanti anda di Wisma Geylang Serai pada hujung minggu ini.

Nikmati persembahan penyanyi Aisyah Aziz dan Daniesh Suffian, dihoskan oleh Mamat Bora bersama Bella Astillah, Bell Ngasri, Junaidi Salleh, dan lain-lain! Saksikan juga persembahan Orkestra Sri Temasek dan Sriwarna dan kunjungi bazar di sana.

Tarikh: 22 hingga 24 Mac, Jumaat hingga Ahad

Waktu: Mulai 8 malam untuk menonton persembahan

Tempat: Persada Budaya Aras 1, Wisma Geylang Serai

Bayaran: Masuk percuma







Sentosa Sensoryscape







Tarikan terbaru di Sentosa, Sensoryscape, menawarkan jejak jalanan sepanjang 350 meter di kawasan utara dan selatan pulau itu.

Sepanjang jejak jalanan itu, anda boleh singgah ke enam taman yang akan merangsangkan kelima-lima deria anda di The Lookout Loop, Tactile Trellis, Scented Sphere, Symphony Streams, Palate Playground, dan Glow Garden yang akan menawarkan pengalaman unik dari pagi hingga malam.


Pada waktu malam, setiap taman bergemerlapan dengan pertunjukan cahaya dan unjuran lantai digital merentasi laluan pejalan kaki, untuk menyampaikan kisah unik flora dan fauna Sentosa. Terdapat juga realiti terimbuh (AR) yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih ImagiNite.

ImagiNite akan bermula dari 7.50 malam setiap hari dan orang ramai disarankan tiba sekitar 6.30 petang.

Tarikh dan waktu: Dibuka setiap hari dengan ImagiNite bermula dari 7.50 malam

Tempat: Sentosa

Bayaran: Masuk percuma

Bunga sakura di Gardens by the Bay

Keindahan pokok bunga sakura yang sedang mekar berlatarkan landskap taman kota dan Golden Pavilion yang bersejarah iaitu salah satu tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang terletak di Jepun, menyerikan lagi persekitaran Flower Dome di Gardens by the Bay.

Ayuh, kunjungi pameran ‘Sakura – Mekar Hingga Ke Malam’ di Taman Di Pesisiran pada hujung minggu ini. Lengkapkan pengalaman sakura anda pada waktu malam apabila pokok bunga sakura diterangi dan unjuran cahaya menawarkan suasana ajaib di bawah langit yang gelap.

Tarikh: 22 Mac hingga 21 April

Waktu: 9 pagi hingga 9 malam

Tempat: Gardens by the Bay

Bayaran: Flower Dome – $18 (dewasa) atau $8 (warga emas dan kanak-kanak)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >