Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Kejayaan WGS semarak kegiatan masyarakat

Feb 04, 2024 | 05:30 AM



Wisma Geylang Serai (WGS) menyambut ulang tahunnya yang kelima baru-baru ini dengan mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan.

Antara lain bilangan pengunjung serta mereka yang mengambil bahagian dalam program dan acara yang dianjurkan di WGS telah meningkat dengan ketara sejak ia dilancarkan pada 2019.

Perangkaan terkini menunjukkan pada 2023, WGS telah mencatat rekod kunjungan lebih enam juta orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Semasa bazar Hari Raya sahaja, lebih lima juta pengunjung datang ke WGS.

Manakala kesemua ruang gerai di WGS telah pun disewakan sepenuhnya, hingga beberapa gerai baru diperkenalkan untuk menampung permintaan.

Sebanyak 232 acara dan program pula diadakan pada 2023, berbanding 76 pada 2022.

Sekarang kita boleh cakap WGS tidak lagi ‘kosong’, seperti yang sering kita dengar di awal kewujudannya.

Kejayaan ini, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, merupakan hasil giat WGS untuk menjadikan ia pusat yang menarik untuk dikunjungi ramai.

Ini termasuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat tentang aspirasi mereka bagi membangunkan pusat tersebut.

Dr Faishal, yang juga Penasihat Utama WGS, berkata sejak pascapandemik, WGS juga telah melakarkan pendekatan berbeza untuk menggiatkan semula program dan acaranya.

Ia mengambil jalan dengan mengadakan kegiatan dan program untuk pelbagai golongan masyarakat seperti keluarga dan belia, selain pada masa yang sama tetap menonjolkan kegiatan-kegiatan tradisional demi menyemarakkan wisma itu sebagai hab kegiatan budaya Melayu.

Dalam melaksanakan usaha itu, WGS memastikan kegiatan dan programnya seimbang – pelihara warisan budaya sambil mendakapi kemodenan.

Ini supaya khidmat yang ditawarkan kekal relevan dan inklusif dalam landskap sosiobudaya yang pesat berubah.

Bukan sahaja buat masyarakat Melayu malah masyarakat berbilang bangsa di Singapura.

Pendek kata, WGS sentiasa menepati cita rasa masyarakat supaya ia tidak ‘kosong’ seperti yang digambarkan dahulu.

Potensi WGS luas.

Tetapi ia juga harus peka terhadap keperluan rakyat dan trend yang sering berubah, misalnya dalam memenuhi kehendak keluarga dan belia, mahupun masyarakat umum lainnya.

Contohnya memperkenalkan kafe ‘hip’ Penny University, pada awal Januari 2024 – satu usaha yang berpotensi membuka ‘selera’ belia.

Di peringkat nasional pula, WGS juga memainkan peranannya, misalnya menyediakan tempat bagi sambutan Hari Kebangsaan dan penganjuran Karnival Pekerjaan dan Kemahiran untuk rakyat Singapura.

Meluaskannya sebagai platform penyepaduan sosial silang kaum dan agama, serta sebagai wadah penyediaan khidmat menyeluruh dari badan-badan Melayu/Islam sudah tentu memberi manfaat.

Selepas lima tahun, WGS telah berjaya melampaui matlamat serta sasarannya dan kini lebih ‘berisi’.

Ia bukan sahaja mampu kekal sebagai hab dan tumpuan kegiatan budaya dan seni Melayu di Singapura malah kini kian menjadi nadi kegiatan masyarakat Melayu khususnya.

Pencapaian ini harus dibanggakan dan menjadi batu lompatan seterusnya bagi WGS untuk memenuhi cita rasa masyarakat di masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >