Topic followed successfully
Go to BHkuIkuti sesi bercerita percuma di perpustakaan, dalam talian
Ikuti sesi bercerita percuma di perpustakaan, dalam talian
Ikuti sesi bercerita percuma di perpustakaan, dalam talian
Festival Bercerita, 398.2 Storytelling Festival, kembali pada 2026 dengan 20 sesi bercerita yang diadakan secara percuma di perpustakaan serata Singapura dan secara dalam talian.
Diadakan dari Mei hingga Julai, festival anjuran Persatuan Bercerita (Singapura) itu kali ini membawa tema, Pengembaraan Seluruh Dunia (Adventures across the World), dan menawarkan sesi untuk kanak-kanak dan keluarga serta orang dewasa. Berikut sesi bercerita untuk kanak-kanak berumur empat hingga lapan tahun.
‘Dreams, Courage & A Touch of Magic’
Cerita tentang seorang budak lelaki melawan mimpi buruk untuk menyelamatkan mimpi indah, seorang budak perempuan pemalu menemui keyakinan melalui persahabatan yang tidak disangka-sangka, dan seorang kanak-kanak yang berani mengembara untuk mendapatkan semula pokok oren ajaibnya.
Tarikh: 11 Mei
Masa: 4 petang
Lokasi: Dalam talian
‘Monsters, Dragons and Hidden Courage’
Cerita tentang dua sahabat yang berdepan dengan kebenaran yang tersembunyi, seorang gadis berani yang membangunkan Naga Musim Bunga, dan sekumpulan budak lelaki yang berada dalam kegelapan belajar untuk mencari kekuatan dalam fikiran mereka sendiri.
Tarikh: 12 Mei
Masa: 4 petang
Lokasi: Dalam talian
‘Seeds, Sharks & Samurai Heroes’
Kisah mengenai wira kecil yang berbekalkan kebijaksanaan, keberanian dan impian besar, mampu mengatasi gergasi, memperdaya pemangsa, dan mencapai impian.
Tarikh: 13 Mei
Masa: 4 petang
Lokasi: Dalam talian
‘Frogs, Fortune & Forest Heroes’
Cerita tentang haiwan yang memperdayakan seekor katak yang tamak, seorang lelaki biasa bangkit menjadi kaya, dan seorang penebang kayu baik hati yang menerima ganjarannya.
Tarikh: 14 Mei
Masa: 4 - 4.50 petang
Lokasi: Dalam talian
‘Brave Hearts & Big Adventures’
Cerita tentang seekor anjing setia mencari fajar, seekor ayam yang penakut menyebarkan khabar angin, dan sekumpulan sahabat berdebat tentang hidangan nasi terbaik di dunia.
Tarikh: 15 Mei
Masa: 10 pagi
Lokasi: Dalam talian
‘Brave Hearts, Clever Minds’
Cerita tentang yang kecil mengalahkan yang kuat, keberanian menewaskan ketakutan, dan pemikiran bijak yang mengubah takdir – sesuai untuk kanak-kanak yang percaya bahawa saiz tidak menentukan kekuatan.
Tarikh: 16 Mei
Masa: 11.30 pagi
Lokasi: Perpustakaan Daerah Woodlands
‘Stories of Kindness, Hopes & Strength’
Cerita tentang belas kasihan meredakan kelaparan, persahabatan mengatasi kesusahan, dan kekuatan sebenar dipandu oleh kesetiaan serta integriti – sesuai untuk kanak-kanak yang percaya bahawa wira hadir dalam pelbagai bentuk.
Tarikh: 16 Mei
Masa: 1.30 petang
Lokasi: Perpustakaan Daerah Woodlands
‘Magic, Missteps & Jungle Promises’ (sesi bercerita dalam bahasa Melayu)
Kisah mengenai seorang budak lelaki mendaki ke awan, seorang lelaki yang berniat baik belajar daripada kesilapan, dan makhluk-makhluk kecil mencari belas kasihan selepas ribut.
Tarikh: 16 Mei
Masa: 2.30 petang
Lokasi: Perpustakaan Daerah Woodlands
‘Under the Sea & Into the Wild’
Cerita tentang pembulian dan keberanian yang mana makhluk bijak mempertahankan diri, menemui kekuatan mereka, dan belajar bahawa hormat-menghormati serta kebaikan akhirnya membawa kemenangan.
Tarikh: 25 Julai
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Perpustakaan Awam Bedok
‘Forest Friends & Fearless Legends’
Cerita tentang makhluk kecil mencari perlindungan di hutan, empat sahabat yang tidak disangka-sangka berganding bahu mengelak bahaya, dan seorang lelaki bangkit menjadi legenda yang luar biasa kuat.
Tarikh: 25 Julai
Masa: 4 petang
Lokasi: Perpustakaan Awam Bishan
‘Tricks, Thunder & Twinkling Secrets’
Kisah mengenai seorang budak lelaki yang cerdik memperdayakan makhluk yang menakutkan, seorang penipu nakal menawan hati hingga memperoleh harta karun, dan 12 puteri menyembunyikan rahsia malam.
Tarikh: 25 Julai
Masa: 4 petang
Lokasi: Perpustakaan Awam Bedok
Bagi maklumat lanjut, sila ke laman web, https://bh.sg/storytelling
