Tauhu dicipta berabad-abad yang lalu di Asia hanya daripada bahan kacang soya dan air.
Hari ini, ia adalah salah satu makanan berasaskan tumbuhan yang paling popular dan mudah menjadi pengganti bagi produk haiwan seperti ayam dan telur.
“Tauhu mempunyai jumlah protein yang tinggi di dalamnya, yang menjadikannya alternatif yang sangat baik untuk protein [berasaskan] haiwan,” kata Cik Jamie Mok, pakar pemakanan berdaftar dan jurucakap nasional untuk Akademi Pemakanan dan Dietetik.
Menurut Persatuan Jantung Amerika, tauhu juga mengandungi vitamin dan bahan galian penting seperti kalsium, mangan, besi dan Vitamin A.
Makanan berasaskan tumbuhan juga mempunyai bahan isoflavon, sejenis estrogen tumbuhan, kata Cik Mok.
Produk soya dan isoflavon tidak dianggap baik oleh jabatan kesihatan di Amerika kerana sejarahnya yang rumit, kata AHA.
Sesetengah orang mengaitkan isoflavon dengan penyakit barah tertentu seperti barah buah dada dan barah prostat. Kebimbangan berpunca daripada hubungan antara peningkatan tahap estrogen dan risiko yang lebih tinggi untuk barah tersebut.
Ini telah menyebabkan ramai yang menjadikan tauhu sebagai alternatif yang sihat. Inilah yang dikatakan Cik Mok dan kajian dijalankan bagi memastikan sama ada tauhu layak atau tidak dianggap sebagai makanan yang sihat.
Jika anda mengambil kira bahan galian dan vitaminnya sahaja, tauhu adalah pilihan yang sihat untuk dipertimbangkan oleh orang ramai, kata Cik Mok.
Tetapi “salah faham yang wujud ialah bagaimana kacang soya memberi kesan kepada tahap hormon. Begitu juga dengan tanggapan bahawa makan terlalu banyak soya mungkin menyebabkan beberapa masalah kesihatan.
Cik Mok berkata ini tidak benar.
“Walaupun soya mengandungi isoflavon, ia serupa dengan estrogen manusia “tetapi jauh lebih lemah,” katanya.
Isoflavon juga sangat berbeza daripada estrogen sintetik yang mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan tertentu, katanya.
“Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia tumbuhan ini [isoflavon] adalah neutral, atau bahkan mempunyai beberapa manfaat kesihatan untuk membantu mengawal estrogen [dan] melindungi daripada barah buah dada,” kata Cik Mok.
Selepas menganalisis kajian dengan gabungan 9,514 pesakit barah buah dada yang pulih di China dan Amerika., penyelidik mendapati terdapat hubungan antara memakan isoflavon soya selepas diagnosis dengan risiko 25 peratus lebih rendah untuk tumor berulang.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg