Inovasi, daya tahan Ibu Teladan demi pimpinan masa depan
Pengguna Berdaftar
Inovasi, daya tahan Ibu Teladan demi pimpinan masa depan
Finalis Anugerah Ibu Teladan ke-31 miliki nilai kepimpinan, sosial, dalam masyarakat
Sep 11, 2024 | 5:30 AM
Cik Lydia Azeana Mohd Dahlan (tengah), pemenang Anugerah Ibu Teladan ke-31, di majlis penyampaian yang berlangsung di hotel Hilton Singapore Orchard, menerima hadiah daripada tetamu terhormat, Duta Besar Republik Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo (depan, kiri); disaksikan (dari kanan) Pengerusi Jawatankuasa Wanita Jamiyah Singapura, Cik Roza Ahmad; presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar; finalis, Cik Norlia Mohd Ali Marican, Cik Nur’aini Hasan, dan ketua panel hakim, Cik Sarojini Padmanathan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Perubahan keibuan yang luar biasa sedang berlaku dalam kalangan wanita di Singapura, menurut pengerusi panel hakim Anugerah Ibu Teladan ke-31, Cik Sarojini Padmanathan.
Ketika menyampaikan rumusan penilaian terhadap peserta anugerah tahunan anjuran Jamiyah Singapura yang berlangsung di hotel Hilton Singapore Orchard, pada 7 September, Cik Sarojini, yang juga Jaksa Pendamai, Singapura dan Pegawai Perkhidmatan Awam Bersara, menarik perhatian bahawa para finalis untuk penilaian pada 2024 telah mempamerkan kekuatan, inovasi dan daya tahan dalam menghadapi cabaran hidup dalam mendidik anak-anak.
Laporan berkaitan
Ibu tunggal anak berkeperluan khas diiktiraf Ibu Teladan JamiyahSep 7, 2024 | 9:01 PM
Setiap ibu menjadi teladan, inspirasi kepada ibu lainSep 9, 2024 | 2:37 PM

