Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ira Kazar akui sukar bangkit selepas cerai

May 28, 2025 | 4:36 PM
ira kazar, syamsul yusof, cerai
Ira Kazar memilih enggan bersedih atau mengalami kemurungan terlalu lama selepas perceraiannya dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. - Foto INSTAGRAM IRA KAZAR

Bekas isteri, Ira Kazar, mengakui bukan mudah mahu bangkit selepas melalui fasa perceraian dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun Ira, 30 tahun, memilih enggan bersedih atau mengalami kemurungan terlalu lama.

“Nak memandang ke depan dan ‘move on’ bukan mudah. Saya ambil masa untuk membina kembali keyakinan diri.

“Sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Kalau memilih untuk bersedih atau kemurungan lama-lama, kita akan sentiasa berada di situ,” katanya dalam satu hantaran dalam TikTok.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, berkata beliau sendiri perlu mengambil inisiatif untuk keluar kerana hanya dirinya mampu mengubahnya, lapor Berita Harian Malaysia.

Katanya, apa yang dilalui juga banyak memberi pengajaran.

“Tiada siapa yang boleh tolong saya melainkan diri sendiri. Jadi, saya kena paksa diri untuk keluar daripada kepompong negatif.

“Namun, orang sekeliling memainkan peranan, mereka banyak bagi kata-kata semangat dan doa yang baik.

“Cuma, apa yang saya lalui banyak memberikan pengajaran. Apa yang saya tak boleh buat dahulu sekarang sudah boleh lakukannya. Nampaklah macam-macam cabang saya boleh pergi,” kata.

Ira mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri.

Syamsul dan Ira disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg