Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isteri di sebelah, peminat tetap gedik nak pegang Aiman Tino

Nov 02, 2023 | 12:32 PM



PUTRAJAYA: Penyanyi Aiman Tino mendedahkan beliau pernah berdepan situasi peminat wanita cuba ‘menggedik’ meskipun mengetahui beliau beristeri.


Bagaimanapun, Aiman berkata beliau bersikap profesional dan mengelak melayan peminat, terutama wanita, keterlaluan demi menjaga hati isterinya, Syarah Haifa.

“Nak kata peminat lari selepas berkahwin, saya tak pasti. Tapi, ada yang masih nak menggedik dengan saya.

“Walaupun isteri ada di sebelah, mereka tetap nak dekat dengan saya sambil cuba nak pegang lengan.

“Sebelum ini, saya memang tak kisah nak ramah mesra dengan peminat lelaki atau perempuan.

“Cuma sekarang kenalah ada batasan sebab sudah ada isteri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Ngam Ngam Neighbourhood dan penyerahan sumbangan kepada artis veteran lapor BH Online Malaysia.


Mengenai reaksi isterinya, Syarah, berhubung sikap berani peminat, penyanyi Ku Rela Dibenci itu bersyukur kerana Syarah bersikap profesional.


“Isteri saya sangat profesional dan macam okay sahaja. Tapi, bila balik rumah mulalah membebel sambil mengingatkan saya supaya tak layan secara berlebihan.

“Pernah juga dia merajuk dan kunci diri dalam bilik gara-gara insiden itu.

“Saya jelaskan kepada dia, itu sekadar peminat. Setakat ini, tak pernah terlepas lagi,” ujar Aiman.

Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April selepas lebih dua tahun berkenalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >