Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri Jamal alami alahan teruk, bengkak jantung, dalam kehamilan kelima

Zai Izzati Khiruddin dirawat di Institut Jantung Negara, tak makan lapan hari dan muntah berterusan
Jun 26, 2024 | 12:03 PM
Datuk Jamal Abdillah (kiri) prihatin dengan keadaan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, yang mengalami alahan teruk sehingga menjejas jantung dalam kehamilan kelimanya.
Datuk Jamal Abdillah (kiri) prihatin dengan keadaan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, yang mengalami alahan teruk sehingga menjejas jantung dalam kehamilan kelimanya. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, kini dibelenggu kesedihan kerana isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.

Jamal, 65 tahun, berkata beliau pada awalnya, mahu merahsiakan kehamilan anak kelima itu, namun isterinya yang berusia 28 tahun, mengalami alahan teruk, sudah tak makan selama lapan hari dan muntah berterusan.

“Jadi, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan berhati-hati mengambil ubat. Ini kerana pengambilan ubat akan memberi kesan kepada jantung.

“Isteri muntah-muntah hingga membuatkan jantungnya bengkak. Ia sangat merisaukan saya.

“Saya bukanlah mahu berkongsi mengenai kehamilan, tapi ia mengenai isu kesihatannya kini.

“Kita kena sama-sama beringat, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Jamal berkata isterinya dirawat selama empat hari di sebuah hospital swasta, kemudian pulang ke rumah, namun masih muntah-muntah sehingga tak boleh makan langsung.

“Kemudiannya, isteri masuk kembali ke hospital selama empat hari. Dari empat hari, ia kemudian jadi lapan hari. Bayangkan tak makan lapan hari. Itulah sebabnya dipercayai ada masalah jantung. Bila perut kosong, gastrik pun datang.

“Diharapkan isteri segera sembuh. Tapi, sekarang nampak perkembangan positif, semakin ceria. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Mengulas kehamilan isterinya, Jamal berkata ia lebih kepada kurniaan rezeki Allah swt.

“Ia adalah rezeki dan mungkin Allah nak menunjukkan kasih sayang kepada saya, jadi berikan tugas dan tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata ini (termasuk dua lagi dari perkahwinan awal).

“Dapatlah tebus dosa silam dan cahaya mata ini juga rezeki. Anak-anak adalah terapi dan hiburan saya.

“Sebenarnya saya sudah buat keputusan untuk tidak mahu lagi ada ‘baby’ selepas anak keempat, tapi rezeki datang.

“Jadi, saya sudah sepakat dengan isteri, kena ‘ikatlah’ selepas melahirkan anak kelima ini,” katanya yang menjangka bayi akan dilahirkan awal 2025.

Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, lima tahun; El Isaac Yamani, empat tahun; Iskandar Rayyan Yamani, dua tahun; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.

Jamal juga memiliki dua lagi cahaya mata lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21 tahun, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg