Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jamal Abdillah ‘belanja’ nenek dari Terengganu tiket konsert

Nov 28, 2023 | 02:18 PM



KUALA LUMPUR: Warga emas dari Kuala Terengganu, Rohani Abdullah, 69 tahun, bertuah apabila menerima undangan khas Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah untuk menonton ‘Konsert Jamal Abdillah Live In Concert’, Ahad malam.


Cik Rohani yang kali pertama menonton konsert seumur hidup berkata beliau hanya menemani cucunya, Encik Asyraf Haikal Ahmad Suhimi, 22 tahun, kerana bimbangkan keselamatannya yang memandu sendirian untuk menghadiri konsert penyanyi itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), lapor BH Online Malaysia.


“Kami terserempak dengan Jamal dan cucu ambil kesempatan bergambar dengannya kerana terlalu meminatinya ketika singgah di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Temerloh, Pahang pada Sabtu lalu.

“Jamal tanya apa kami buat di sini, jadi cucu beritahu ke Kuala Lumpur untuk tonton konsertnya. Saya pula menemaninya kerana bimbang cucu perlu memandu seorang diri dalam musim hujan.

“Saya juga meminati Jamal, cuma tiada tiket. Jadi, Jamal minta nombor telefon cucu dan maklumkan akan hubunginya,” kata pengusaha nasi ayam itu.

Menurut Cik Rohani, cucunya menerima panggilan telefon daripada pembantu peribadi Jamal yang meminta Encik Haikal membawanya bersama.

Cik Rohani yang masih berada di rumah anak bongsu di Setia Alam bergegas ke pusat konvensyen kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.

“Haikal sudah berada di KLCC ketika dihubungi pembantu peribadi Jamal, sementara saya di rumah anak.

“Haikal ingatkan main-main, tetapi mula percaya apabila dihubungi sekali lagi. Saya kelam kabut bersiap bersama anak bongsu untuk hadir ke konsert.

“Saya melompat bila Haikal beritahu Jamal undang saya kerana ini kali pertama dalam seumur hidup saya menonton konsert,” katanya kepada BH Online.


Cik Rohani bertuah Jamal turun ke pentas untuk memperkenalkannya kepada kira-kira 1,800 penonton.

Pada konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu, Jamal mendendangkan hampir 20 lagu hit. Antaranya, Azura, Kekasih Awal dan Akhir, Di Sudut Kamar Hatiku, Seroja, Seniman Menangis dan banyak lagi.


Jamal tampil berduet bersama Wany Hasrita menerusi lagu Kehebatan Cinta.


Tidak ketinggalan dua permata hatinya, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani turut diundang mewarnai lagi konsert pada malam itu.

Tiga beranak itu menghiburkan penonton dengan lagu Aku Penghibur dan Gadis Melayu.


Ternyata kehebatan vokal penyanyi berusia 64 tahun itu tidak perlu disangkal apabila berjaya membuatkan penonton terbuai dengan kemantapan persembahannya.

Yang turut hadir, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >