Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Isu cerai: Norlia Ghani minta Rusdi fikir masak-masak

Nov 23, 2023 | 09:45 AM



Alangkah terkejutnya artis veteran Norlia Ghani apabila mendapat berita wujud masalah dalam rumah tangga anaknya, pengarah dan pelakon Rusdi Ramli bersama menantunya, penerbit dan komposer Sharon Paul.

Beliau mengetahui perkara itu yang tersebar dan tular di TikTok.

“Saya terkejut apabila dapat tahu masalah rumah tangga Rusdi dan Sharon dari akaun TikTok kerana dia (Rusdi) tidak pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan saya dari dulu,” jelas Norlia, 76 tahun kepada Harian Metro.


Pelakon drama klasik Opah itu berkata demikian ketika diminta mengulas masalah rumah tangga Rusdi dan Sharon yang didakwa sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu.


“Rusdi memang jenis yang tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau.

“Cuma Sharon yang pernah mengadu dengan saya, Rusdi sudah lama tiada ‘job’ sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga,” ujarnya.

Bagaimanapun, Norlia berharap mereka dapat mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga demi masa depan anak-anak.

“Dalam rumah tangga memang tidak lari dari masalah dan terpulang kepada kita untuk mengaturnya.

“Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan.

“Namun, kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja,” katanya.

Pada masa yang sama, kata Norlia, beliau sangat berharap Rusdi dan Sharon akan memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

“Saya pernah melalui keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa untuk putuskan tinggal dengan emak atau bapa.

“Justeru, sebelum mereka nak buat sebarang keputusan itu fikirkanlah keutamaan anak-anak dulu dan letak anak-anak nombor satu dan selepas itu baru fikir perkara lain,” katanya.

Terdahulu, Sharon mendedahkan rumah tangganya dengan Rusdi sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu dan percaya perceraian adalah jalan terbaik.

Menurut Sharon, sekiranya Rusdi memberikan lampu hijau, beliau bersedia untuk melalui kehidupan solo kerana tidak sanggup untuk menanggung masalah itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Rusdi bagi mendapat komen lanjut tidak berjaya apabila panggilan dan mesej yang dihantar tiada balasan.


Rusdi, 53 tahun, dan Sharon, 46 tahun, berkahwin pada 2008 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Reo Ridza, 14 tahun, dan Ryan Ridza, 11 tahun.

Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak lelaki, Efiezal Ridza, 33 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >