SPH Logo mobile
Langgan|

Izara Aishah tidak tinggalkan dunia lakonan, hanya lebih ‘memilih’

Izara Aishah tidak tinggalkan dunia lakonan, hanya lebih ‘memilih’

May 2, 2025 | 2:14 PM

Izara Aishah tidak tinggalkan dunia lakonan, hanya lebih ‘memilih’

Izara Aishah, Keluarga Itu
Pelakon dari Malaysia, Izara Aishah, lebih cenderung dalam menerima tawaran menjayakan watak pembantu berbanding utama, susulan komitmennya sebagai ibu dan isteri. - Foto INSTAGRAM IZARA AISHAH

Pelakon jelita, Izara Aishah, 32 tahun, tidak pernah terlintas untuk meletakkan noktah kepada kerjaya lakonannya.

Izara atau nama sebenarnya, Izara Aishah Hisham, berkata beliau tetap mahu berlakon, cuma keutamaan adalah keluarga, menjadikannya agak memilih tawaran.

“Saya tak terfikir nak berhenti atau sebagainya. Saya sebenarnya pernah berehat ketika pandemik Covid-19, kemudian saya bersalin dan berpantang, seterusnya menjaga anak.

“Tapi, itu bukan bermaksud saya berhenti. Nak buat macam mana, komitmen saya lebih kepada keluarga dan kena utamakan apa yang penting.

“Saya berat nak tinggalkan anak-anak. Soal anak, saya memang boleh kalah.

“Walaupun ada pembantu, tetapi saya menjaga anak sepenuhnya, suami pun sama membantu. Bila ada acara, saya tinggalkan sekejap, tapi suami berada di rumah.

“Kami jaga anak berganti-ganti,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Puteri Sarah Liyana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Susulan komitmen sebagai isteri dan ibu, bintang drama ‘Keluarga Itu’ juga lebih cenderung dalam menerima tawaran menjayakan watak pembantu berbanding utama.

“Kalau boleh saya lagi suka watak pembantu. Kalau watak utama kena ada di set setiap hari. Kadang-kadang memerlukan saya meluangkan masa dari pagi hingga ke pagi esoknya.

“Jadi, saya takut tiada masa untuk keluarga. Sekarang, saya pentingkan keluarga sebab itu, lebih sukakan watak pembantu.

“Watak pembantu pun bukan asal boleh, tapi mesti yang ada impak. Jadi, saya takkan berhenti, cuma sangat memilih,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Berkongsi lanjut, Izara agak tegas mengenai batasannya sebagai pelakon bertudung dan syukur apabila ramai memahami syarat membabitkan adegan bersentuhan.

“Sejak dahulu saya memang memilih, tapi sekarang lebih sikit kerana penampilan menutup aurat, ada batasan yang perlu dijaga. Jadi, kalau pengarah dan penerbit boleh terima, insya-Allah saya boleh buat.

“Setakat ini, alhamdulillah tiada lagi terbabas soal ini. Misalnya, apabila bekerja dengan Erma Fatima, dia akan menjaga saya. Syukur dapat pasukan memahami,” katanya.

Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 5 tahun, dan Amara Amina, 2 tahun.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg