Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jaclyn Victor kesal foto disunting, jejas maruah diri

Feb 19, 2025 | 4:14 PM
Jaclyn Victor naik berang apabila fotonya disunting pihak tidak bertanggungjawab, agar kononnya, beliau kelihatan diberkas polis dalam keadaan bogel.
Jaclyn Victor naik berang apabila fotonya disunting pihak tidak bertanggungjawab, agar kononnya, beliau kelihatan diberkas polis dalam keadaan bogel. - Foto INSTAGRAM JACLYN VICTOR

Juara peraduan realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor, kesal apabila dirinya menjadi mangsa berita palsu yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam keadaan ‘tidak manis’.

Jaclyn, 46 tahun, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, ternyata kecewa dengan apa yang berlaku dan bakal membuat laporan polis bagi melindungi hak dan maruah dirinya yang dipersendakan.

“Mereka ini betul-betul buat saya marah. Cukup-cukuplah. Nak cakap lebih-lebih tak guna, nanti kita juga yang jadi orang tak baik.

“Saya akan pergi ke balai polis sebab perkara ini sudah tidak terkawal. Kenapa saya ‘dibogelkan’ dalam foto itu?,” katanya, dalam kapsyen yang ditulis di Instagram, sebagaimana dilaporkan laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Difahamkan, foto Jaclyn yang disunting menunjukkan beliau kononnya ditangkap dengan tangan digari dalam keadaan ‘tidak manis’ dan turut diiringi polis.

Foto yang disunting itu, bagaimanapun, dipercayai digunakan untuk tujuan kegiatan penipuan melalui pancingan data atau ‘phishing’ dalam talian.

Terdahulu, wajah Jaclyn disunting untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook.

Bukan hanya suntingan pada foto sahaja, nama Jaclyn turut ditulis pada tajuk berita berkenaan yang berlatarbelakangkan bangunan mahkamah, seperti baru sahaja keluar dari mahkamah berkenaan.

Di dalam era kecerdasan buatan (AI) mampu memperdaya orang ramai, selebriti Barat seperti, Scarlett Johansson, Adam Levine, Mila Kunis, Lenny Kravitz, Mark Zuckerberg, Sacha Baron Cohen, Ben Stiller, Natalie Portman dan David Schwimmer, adalah antara mereka yang foto atau videonya diubah agar kelihatan tidak manis atau dikaitkan dengan fahaman agama yang mencetus kontroversi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg