Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zehra, Jaclyn saling kenal sejak ‘Malaysian Idol’ lebih 20 tahun lalu

Feb 10, 2025 | 4:10 PM
Zehra Zambri (kiri) dan penyanyi undangan, Jaclyn Victor, sudah saling mengenali selama lebih 20 tahun, sejak melibatkan diri dalam peraduan realiti, ‘Malaysian Idol’, pada 2004.
Zehra Zambri (kiri) dan penyanyi undangan, Jaclyn Victor, sudah saling mengenali selama lebih 20 tahun, sejak melibatkan diri dalam peraduan realiti, ‘Malaysian Idol’, pada 2004. - Foto ASTRO

Tiada masalah bagi pemenang tempat kelima Gegar Vaganza 11 (GV11), Zehra Zambri, membina keserasian dengan juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor, pada persembahan akhir yang berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 9 Februari.

Ini kerana Zehra, 37 tahun, dan Jaclyn, 46 tahun, sudah saling mengenali lebih 20 tahun lamanya sejak terlibat dalam peraduan realiti, Malaysian Idol, musim pertama pada 2004.

Jaclyn pemilik suara emas yang sukar dicari ganti merupakan juara peraduan tersebut manakala Zehra pula antara 100 peserta terbaik bagi Malaysian Idol, walaupun perjalanannya tidak sampai ke peringkat akhir.

“Saya sebenarnya sudah lama mengenali Jaclyn, sejak 20 tahun lalu. Kami cuma tidak pernah menyanyi bersama.

“Memang saya gementar untuk menyanyi bersama Jaclyn, yang ramai tahu memiliki suara cukup bertenaga.

“Tetapi alhamdulillah, kami sama-sama berusaha memberi yang terbaik malahan dapat sama-sama seimbangkan suara,” ujar Zehra, dalam wawancara bersama media seberang.

Sementara itu, Ketua Juri GV11, Datuk Ramli MS, menyifatkan Jaclyn yang juga juara GV9, sebagai aset besar bagi program realiti itu.

“Disebabkan itu, kita selalu panggil Jaclyn buat persembahan... sebab dia aset besar rancangan ini,” jelas Ramli.

Zehra dan Jaclyn berduet lagu yang asalnya dinyanyikan 3 Suara, Beribu Sesalan.

Dalam pertandingan tersebut, bekas pembaca berita dan wartawan penyiar RTM itu mendapat markah 64.38 peratus, tidak jauh daripada The Lima yang berada di tempat keenam dengan markah 63.42 peratus.

Sementara itu, dalam kesibukan Zehra bertanding, timbul desas-desus pula tentang rumah tangganya yang dikatakan bergolak.

Ini merupakan perkahwinan kedua Zehra dengan rakan sekerja di RTM.

Ada yang mendapati suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42 tahun, telah memadamkan semua foto mereka bersama di Instagram.

Mengulas perkara itu di laman mStar, Zehra berkata: “Suami tak buang gambar. Dia cuma letak di dalam arkib sahaja sebab dia tak gemarkan perhatian.

“Dia bukan golongan yang minat seni tapi berkahwin pula dengan seseorang bekas artis yang kembali menyanyi lagi dalam GV11.

“Dia tak suka kawan-kawan tanya tentang dunia seni. Saya hormati pilihannya. Sebelum masuk GV11, hidup kami memang penuh privasi.

“Perkahwinan kami pun tak mudah sebab ada konflik membabitkan isu kekeluargaan juga.

“Saya menyertai GV11 pun atas pemberian restu daripadanya.

“Awal-awal, memang dia ikut ke MBSA tetapi apabila anak kami merungut sebab ibu bapanya sibuk, suami ambil keputusan menyerahkan sahaja isu mengurus saya di GV11 kepada adik saya dan anggota keluarga lain.

“Suami berkorban dan duduk di rumah untuk jaga anak. Tapi rumah tangga kami baik-baik sahaja.”

Zehra berkahwin dengan Iqwan pada 10 November 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga selama enam bulan dengan, Wan Muhammad Nur Hafiz Wan Mohd Effendi, pada 14 Oktober 2017, dan berdasarkan laporan lalu, beliau bertugas sebagai guru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg