Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jaga hati keluarga keutamaan pelakon Nabila Huda

Jul 10, 2023 | 02:18 PM



Memiliki keluarga yang terpisah bukan halangan besar buat pelakon dan pengacara, Nabila Huda, membahagikan masa meraikan hari istimewa, misalnya, dua perayaan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha bersama.

Sebolehnya, Nabila akan meluangkan masa bersama bapanya yang juga penyanyi rok legenda, Datuk Amy Search dan ibunya, Cik Faridah Fadzil. Selain itu, Nabila juga tidak mengetepikan keluarga mentuanya.

Misalnya, pada Aidilfitri lalu, Nabila meraikan Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar, di Singapura. Bagi sambutan Aidiladha, Nabila meluangkan bersama bapanya pula di Kuala Lumpur.

Nabila memberitahu akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), beliau cuba membahagikan masa dengan baik pada setiap perayaan memandangkan mempunyai dua keluarga berasingan berikutan ibu bapanya bercerai.


“Setiap kali perayaan pastinya meriah, Aidiladha ini saya menyambut di rumah papa disebabkan Aidilfitri lalu pulang ke Singapura. Bagaimanapun, saya sempat ke rumah papa dua hari sebelum ke Singapura.

“Seperti biasa, suami akan masak juadah Hari Raya dan malam Raya, kami akan tidur di rumah papa. Papa akan masak rendang bagi memenuhi permintaan cucunya, kemudiannya barulah saya bertolak ke Singapura,” katanya.

Berkongsi erti pengorbanan, Nabila berkata beliau banyak berkorban dari segi masa untuk meluangkan masa antara ibu dengan bapa.

“Mama sangat memahami bila saya memilih beraya bersama papa. Saya pula kena fikir antara mama, papa dengan ibu mentua. Saya dan suami kena jaga hati mereka. Namun, Aidiladha tahun ini, mama beritahu mahu menyambut bersama rakannya.

“Saya sangat takut jika tidak dapat melawat mama. Ini kerana saya ada dua rumah nak ziarah. Mujurlah, mama mengikut saya ke Singapura pada Aidilfitri lalu. Itulah kali pertama mama meraikan Syawal bersama besannya selepas lapan tahun kami berkahwin. Jadi, saya sudah memberitahu mama mengenai perancangan Aidiladha,” katanya.

Berkongsi erti pengorbanan, Nabila berkata anaknya, Keisha Laila, adalah insan paling memahami pengorbanannya sebagai anak seni.

“Ketika Keisha masih kecil, saya tidak ada banyak masa bersamanya. Saya sibuk dengan kerjaya, apatah lagi, ketika itu, memegang status ibu tunggal. Untuk meneruskan hidup, saya mencari dan menerima ‘job’. Saya memang tidak tolak ‘job’ kerana banyak tanggungan nak kena usahakan.


“Jadi, saya tiada masa, hari sukan sekolah pun saya tidak dapat hadir. Namun, suami banyak menghantar dan mengambil Keisha di sekolah. Saya memang rasa gagal sebagai ibu ketika Keisha berada di tadika, satu apa pun saya tak tahu misalnya kad laporannya.

“Maksudnya, saya memang tiada masa, jadi perasaan bersalah itulah saya simpan sejak Keisha kecil. Saya rasa benda ini tidak bagus, bila sudah terbiasa dengan perangai tidak mahu ambil tahu, itu tak okay. Jadi, saya akan pastikan mengambil tahu semua aktiviti Keisha di sekolah,” katanya.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015. Sebelum itu, Nabila berkahwin dengan Zaidi Zailani, namun berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki Keisha.

Nabila baru pulang dari New York, Amerika Syarikat, selepas lebih sebulan menjalani penggambaran program masakan 26 episod, Masak Sana Sini New York, terbitan RTM.


Nabila tampil dengan filem Rahsia pada Ogos depan, selain Telaga Suriram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >