Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jamal Abdillah, Nash jayakan konsert amal bantu rakyat Palestin

Nov 14, 2023 | 05:31 AM



KUALA LUMPUR: Dua penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Nash bersama Azlan The Typewriter serta Eka Sharif bakal menggegar Seremban, Negeri Sembilan, dalam konsert amal di Hotel Royale Chulan di bandar raya itu pada 22 Disember.


Konsert sempena majlis makan malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah itu adalah cetusan idea Datuk Abdullah Ghani Kasim dari PLG & Meem Planet, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pengarah acara itu, Norhalim Norsip, berkata ketokohan Jamal sebagai Raja Pop dan kerelevanannya dalam dunia seni sesuai dengan tema majlis makan malam amal yang dianjurkan.

“Jamal dipilih kerana beliau masih relevan dalam industri muzik tanah air. Tidak dinafikan, status Raja Pop menjadi daya penarik bagi kita menganjurkan majlis ini.

“Tujuan asal acara ini adalah mengumpul dana bagi gerakan atau kerja kebajikan,” katanya dalam sidang media di Hotel Royale Chulan, Seremban, baru-baru ini.

Norhalim berkata, pihaknya memilih lokasi di luar Lembah Klang bagi menganjurkan konsert amal bagi mencari kelainan. Apatah lagi, Jamal pernah beraksi di lokasi yang sama.

“Acara ini akan menjadi sebahagian daripada tanda penghargaan buat peminat legenda ini, terutama dari selatan tanah air,” katanya.

Norhalim berkata, 50 peratus daripada keuntungan bersih jualan meja akan disalurkan ke pusat tahfiz dan beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif membantu masyarakat.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Bantuan Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Jadi, jualan tiket konsert ini terbuka kepada individu, NGO dan sektor korporat,” katanya.

Sementara itu, Jamal berkata, beliau akan mendendangkan 18 lagu termasuk single duet sama ada dengan Nash, Azlan atau Eka.


Namun, lagu yang akan disampaikan mungkin menjurus kepada irama sentimental.

“Mungkin saya akan mula dengan lagu sentimental sebelum beralih kepada irama rancak.

“Saya harap konsert kali ini dapat sambutan memberangsangkan seperti dahulu,” katanya yang memiliki lebih 200 koleksi lagu selama lima dekad dalam industri muzik.

Nash juga teruja terbabit dalam konsert amal itu dan bakal mendendangkan sekurang-kurangnya empat lagu.

“Lagu yang akan saya sampaikan berkonsepkan kemanusiaan bagi memberi mesej kepada masyarakat tentang pergolakan dunia terutama di Palestin.

“Antaranya lagu Maulana dan mungkin saya akan berduet dengan Jamal,” katanya.


Azlan pula teruja bakal berkongsi pentas bersama dua bintang tersohor iaitu Jamal dan Nash.

“Sebagai insan seni, ini adalah kesempatan terbaik untuk kita menabur bakti membantu insan kurang bernasib baik terutama rakyat Palestin yang sedang menderita,” katanya. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >