Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan maksud ‘world’ dan ‘lincah’.
World
[Wer-ld] adjektif
Contohnya, “Kau berbual jangan world”.
Anak-anak muda hari ini menggunakan perkataan ‘world’ untuk menyindir seseorang yang seolah-olah mengetahui segalanya tetapi pada hakikatnya kurang arif tentang sesuatu perkara.
lincah
[lin-chah] adjektif
Definisi:
1. tidak boleh diam, bergerak selalu
2. cergas, giat, pantas
Namun, dewasa ini, anak muda kita menggunakan perkataan lincah dalam konteks yang berbeza.
Contohnya, “Movie dah nak start, lincah ah guys”.
Seringkali, lincah membawa makna cepat.
Contoh lain, “Kau buat kerja lincah sikit boleh tak?”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg