Topik diikuti
Pergi ke BHkuJenama Rimowa tambah beg kulit harian baharu dalam koleksi ‘Never Still’
Rekaan versatil sesuai dibawa ke pelbagai tempat; tampilkan dua warna baharu
Jenama Rimowa tambah beg kulit harian baharu dalam koleksi ‘Never Still’
Rimowa mungkin lebih dikenali dengan beg bagasinya yang tahan lasak, tetapi jenama beg mewah dari Jerman itu lebih daripada sekadar pembekal keperluan perjalanan.
Direka khas untuk mereka yang sentiasa bergerak aktif, koleksi Never Still Rimowa kini hadir dengan rangkaian beg baharu untuk kegunaan harian – beg galas dengan ruang besar, beg sandang bersilang yang padat, beg jinjing dan pelbagai lagi, kesemuanya diperbuat daripada kulit.
Sebagai perbezaan kepada koleksi Orange & Magenta Collection yang baharu dilancarkan pada 23 April lalu, koleksi beg Never Still itu pula hadir dalam warna gelap yang lebih lembut, termasuk dua warna baharu: antrasit, sejenis kelabu asap; dan moka atau coklat lembut.
Kededua warna itu turut disertai dengan pilihan warna hitam klasik.
Jelas sekali, koleksi itu lebih mengutamakan gaya yang lembut dan bersahaja berbanding penampilan yang menyerlah, menjadikan setiap satu barangannya sesuai digunakan dalam rutin harian anda – sama ada semasa ke pejabat, singgah membeli kopi, atau bercuti pada hujung minggu.
Kempen pelancaran itu turut mengikut tema yang sama, dengan filem dan gambar diambil di bandar seperti Amsterdam, Los Angeles dan Shanghai, menggambarkan keindahan yang terdapat dalam perjalanan harian – walaupun yang paling ringkas sekalipun.
Sepanjang perjalanan itu, beg kulit Never Still Rimowa berfungsi sebagai teman setia pada setiap langkah.
Walaupun kelihatan lebih lembut dan lebih halus dari segi visual berbanding rekaan biasa jenama itu, koleksi baharu itu tetap mengekalkan satu ciri reka bentuk yang jelas menunjukkan ia adalah Rimowa.
Ia termasuk jalur menegak ikonik yang menyerupai reka bentuk beg bagasi jenama itu.
Beg Galas Kulit Rimowa ‘Never Still’
Beg Galas Kulit Rimowa Never Still kini hadir dalam saiz kecil, dalam warna moka yang baharu dan lembut ($2,500).
Bahagian belakang berlapik pada beg kulit ‘full-grain’ itu memastikan keselesaan walaupun pada hari sibuk, dan mudah diselitkan pada beg pakaian disebabkan lengan pelekap yang praktikal.
Turut tersedia versi besar ($3,210), kini dalam warna antrasit – batu arang keras – yang baharu, di samping pilihan hitam yang sedia ada.
Dufel Kulit Rimowa ‘Never Still’
Dufel Kulit Rimowa Never Still kini diperkenalkan dalam warna antrasit bagi kededua saiz sederhana ($2,950) dan besar ($3,300), dengan saiz besar turut tersedia dalam warna hitam.
Beg serba guna berkulit bertekstur itu sesuai dijadikan beg tangan penerbangan, sekali gus praktikal sebagai beg harian yang boleh memuatkan pelbagai barangan.
Beg Silang Kulit Rimowa ‘Never Still’
Jika anda menggemari gaya minimalis, Beg silang kulit bersaiz kecil ($2,250) dalam warna Mocha dan Anthracite ini sesuai untuk anda — cukup untuk menyimpan keperluan penting tanpa membebankan.
Tambahan bonus: tag beg boleh tanggal yang direka seperti tag beg pakaian, lengkap dengan pilihan untuk menyesuaikannya dengan inisial nama anda.
Beg Jinjing Kulit Berzip Rimowa ‘Never Still’
Setiap orang memerlukan sebuah beg jinjing yang lapang, dan Beg Jinjing Kulit Berzip ($2,770) yang ringkas ini, hanya tersedia dalam warna hitam, merupakan alternatif bergaya kepada beg komputer riba atau beg galas biasa.
Beg itu juga dilengkapi lengan pelekap beg pakaian, membolehkan anda beralih daripada suasana kerja ke bercuti dengan pantas.
Beg Peralatan Dandanan Kulit Rimowa ‘Never Still’
Jika anda sudah pun bergaya dengan beg pakaian dan beg harian Rimowa, mengapa tidak lengkapkan set anda dengan beg kecil yang sepadan?
Beg Peralatan Dandanan Kulit ($990) kini turut hadir dalam warna antrasit yang kemas, melengkapkan keseluruhan koleksi dengan sempurna.
Rimowa Distinct Cabin dalam warna antrasit atau kelab asap
Selain koleksi Never Still, rangkaian Distinct Rimowa turut mendapat penambahan baharu.
Menyertai pilihan warna sedia ada iaitu Navy, Taupe dan Biru Powder, beg bagasi kulit Distinct Cabin ($4,930) kini turut hadir dalam warna kelabu antrasit yang baharu.
Dihasilkan khas di kilang Rimowa di Cologne, Jerman, beg bagasi itu akan membentuk lapisan patina yang semakin menawan dari semasa ke semasa – semakin kerap dibawa mengembara, semakin cantik ia kelihatan.
Koleksi Never Still terbaharu Rimowa serta beg bagasi Distinct Cabin baharu dalam warna antrasit kini boleh didapati di semua kedai Rimowa di seluruh dunia, termasuk Singapura, serta dalam talian.
