Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahu beli beg mewah terpakai di S’pura?
Mahu beli beg mewah terpakai di S’pura?
Mahu beli beg mewah terpakai di S’pura?
Anda teringin menggunakan beg baru tetapi sedang berjimat?
Selain membeli beg mewah baru, anda boleh mempertimbangkan beg tangan terpakai atau vintaj.
Majalah Her World menyenaraikan kedai di Singapura untuk anda membeli (atau menjual) barangan mewah terpakai.
Loveholic.sg
Terletak di kawasan pusat bandar (CBD), Loveholic.sg ialah kedai tempatan yang menjual, mencari dan mengesahkan ketulenan barangan mewah.
Antara kelebihan kedai ini adalah pelanggan tidak perlu membuat janji temu sebelum berkunjung ke sana.
Bagi mereka yang kurang pasti tentang pembelian barangan mewah, kakitangan kedai sedia membantu memberikan pilihan yang sesuai mengikut kemampuan.
Alamat: 140 Robinson Road, Tahir Building, #08-03, Singapura 068907
Née Vintage
Née Vintage menawarkan antara rangkaian beg dan aksesori mewah terpakai yang paling luas di Singapura.
Antara jenama yang ditawarkan termasuk Celine, Dior, Fendi, serta jenama popular seperti Hermes dan Chanel vintaj.
Kedai yang terletak di South Bridge Road ini telah diperluas kepada dua tingkat setelah mendapat perhatian ramai di media sosial, Instagram dan TikTok.
Ia terkenal dengan koleksi vintaj unik yang sukar didapati di kedai lain atau secara dalam talian.
Pelanggan juga boleh melihat koleksi beg Chanel klasik yang dipamerkan di sana.
Selain kunjungan fizikal, koleksi Née Vintage juga boleh didapati menerusi laman rasmi mereka.
Alamat: 230 South Bridge Road, Singapura 058779
Madam Milan
Terletak di Far East Plaza, Madam Milan merupakan lokasi popular untuk menjual, membeli atau menggantikan beg mewah dengan yang lain.
Koleksi yang ditawarkan merangkumi beg mengikut trend semasa serta koleksi vintaj daripada jenama seperti Hermes, Chanel dan banyak lagi.
Selain itu, Madam Milan turut menawarkan pilihan pembayaran secara ansuran bulanan.
Pelanggan boleh melayari laman web mereka untuk melihat senarai beg, barangan kulit kecil, aksesori dan barangan vintaj yang tersedia.
Alamat: 14 Scotts Road, #03-05, Singapura 228213
Bagi It!
Bagi mereka yang sedang mencari barangan mewah terpakai termasuk beg tangan, aksesori dan barangan kulit kecil, Bag It! yang terletak di Far East Plaza boleh dijadikan pilihan.
Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan barangan mewah terpakai daripada jenama terkemuka seperti Louis Vuitton dan Burberry, selain jenama lain seperti Dior.
Apa yang menarik, Bag It! sentiasa mengemas kini media sosial Instagram mereka dengan koleksi terkini setiap minggu.
Ini memudahkan pelanggan untuk melihat koleksi yang ada dan memantau barangan idaman mereka secara dalam talian sebelum berkunjung ke kedai.
Alamat: 14 Scotts Road, #03-117, Far East Plaza, Singapura 228213
Vestiaire Collective
Senarai ini tidak lengkap tanpa Vestiaire Collective.
Pasaran dalam talian ini menjadi wadah jual beli barangan fesyen mewah terpakai untuk lelaki dan wanita yang telah disahkan ketulenannya daripada penjual di seluruh dunia.
Platform ini memiliki inventori yang merangkumi lebih dua juta barangan, dengan 120,000 barangan baru disenaraikan setiap minggu.
Meskipun Vestiaire Collective mula dilancarkan di Paris, pasaran dalam talian ini telah mencipta nama dalam persada tempatan, dengan ramai pelanggan membeli barangan mewah terpakai menerusi kedai digital tersebut.
Setiap barangan yang dijual di platform ini dijamin tulen kerana perlu melalui proses pengesahan dan kawalan mutu yang ketat.
Daripada rekaan baru hingga ke koleksi klasik, pelanggan pasti dapat menemui beg idaman mereka di sini.
Laman web Vestiare Collective: https://us.vestiairecollective.com/
