Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jenama dalam talian terbaik di S’pura untuk pakaian kerja bergaya

Nov 24, 2025 | 11:52 AM
Ramai wanita menggemari jenama fesyen tempatan, Love, Bonito, kerana rekaannya yang kemas, bergaya dan sesuai dipakai ke pejabat.
Ramai wanita menggemari jenama fesyen tempatan, Love, Bonito, kerana rekaannya yang kemas, bergaya dan sesuai dipakai ke pejabat. - Foto LOVE, BONITO

Pakaian kerja kekal sebagai bahagian penting dalam koleksi pakaian ramai wanita, memandangkan sebahagian besar masa diluangkan di pejabat.

Maka, tidak hairan jika penampilan ketika bekerja menjadi keutamaan. 

Apabila kita berasa yakin dengan penampilan kita, prestasi kerja juga selalunya bertambah baik.

Ramai wanita memilih jenama, fast fashion – iaitu fesyen pakaian berharga rendah yang mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baru – untuk melengkapkan gaya profesional mereka.

Daripada pilihan yang merangkumi rekaan yang mengikut trend hingga potongan klasik bermutu, jenama-jenama ini jarang mengecewakan.

Namun sesekali, anda mungkin terserempak dengan rakan sekerja yang memakai pakaian sama dengan anda ketika di kantin – detik canggung!

Mungkin kini tiba masanya untuk menyegarkan semula pilihan gaya kerja anda.

Berikut lima jenama dalam talian yang disenaraikan majalah, Her World, yang boleh anda pertimbangkan untuk dijadikan pilihan utama dalam membeli pakaian kerja.

5 kedai dalam talian S’pura untuk pakaian kerja

1. Our Second Nature

Ditubuhkan oleh Cik Lauren Tan, dan pengasas pakaian kerja mesra cuaca panas The Collate Label, Cik Velda Tan, jenama ini menekankan estetika mewah namun kekal ringkas.

Sejak ditubuhkan pada 2017, Our Second Nature, telah menambat hati peminat fesyen yang menggemari palet warna neutral dengan potongan sopan.

Jenama ini juga dikenali dengan rekaan yang mudah digayakan, dengan potongan kemas dan versatil untuk dipakai sama ada di dalam atau luar waktu pejabat. 

2. Love, Bonito

Jenama fesyen tempatan, Love, Bonito tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dikenali ramai kerana potongan dan rekaan unik, tidak hairan jika ramai wanita berkerjaya gemar jenama ini.

Blaus dalam (putih), ‘Aika Lightweight Tailored Button Down Vest Top’, dijual pada harga promosi $40 di kedai dalam talian, Love, Bonito.
Blaus dalam (putih), ‘Aika Lightweight Tailored Button Down Vest Top’, dijual pada harga promosi $40 di kedai dalam talian, Love, Bonito. - Foto LOVE, BONITO

Dihasilkan oleh wanita, untuk wanita, jenama ini kini berkembang menjadi empayar fesyen bernilai jutaan dolar.

Meskipun ramai berpendapat industri runcit menghadapi cabaran, bahkan semakin suram, pengasas Love, Bonito, Cik Rachel Lim, jelas tidak menunjukkan tanda memperlahankan langkah.

Perniagaan ini telah membuka pelbagai cawangan di seluruh negara, termasuk kedai utama di ION Orchard.

Jelas mengapa ramai wanita menggemari jenama ini – rekaan yang bergaya, kemas, dan sangat sesuai untuk dipakai ke pejabat.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan lain jika anda sedang mencari pakaian baru untuk acara tertentu.

3. Love & Bravery

Dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang fesyen, jenama tempatan, Love & Bravery, ini masih kekal relevan di pasaran.

Dikenali dengan rekaan yang menonjol serta pakaian harian untuk wanita moden, di sini anda akan menemui pilihan pakaian yang kemas dan bergaya, sesuai untuk rutin pejabat. 

Lebih menarik lagi, setiap helai diperbuat daripada fabrik bermutu tinggi yang selesa untuk wanita yang meluangkan masa panjang di pejabat.

Blaus ‘Stacie Oversized Modal Top’, dijual pada harga $35 di kedai dalam talian Love & Bravery.
Blaus ‘Stacie Oversized Modal Top’, dijual pada harga $35 di kedai dalam talian Love & Bravery. - Foto LOVE & BRAVERY

4. Klarra

Klarra mungkin pilihan tepat bagi anda yang menggemari gaya ringkas dan versatil, namun tetap tampak kemas dan elegan.

Jenama fesyen tempatan ini terkenal dengan rekaan menonjol dan unik, namun tetap mudah digayakan.

Apa yang paling digemari tentang koleksi Klarra adalah ciri versatilnya.

Setiap helai mudah dipadankan dengan pakaian lain, menjadikannya pilihan sempurna untuk penampilan pejabat yang bergaya.

5. In Good Company

Jika anda menghargai pakaian asas dengan sentuhan mewah, jenama fesyen tempatan, In Good Company, memang pilihan tepat.

Menawarkan pelbagai pakaian asas yang praktikal, jenama ini sesuai untuk wanita moden yang berani bergaya.

Baju panjang, ‘Cotton Jersey Shayala Dress’, dijual pada harga $259 di kedai dalam talian, In Good Company, namun ia kehabisan stok buat masa ini.
Baju panjang, ‘Cotton Jersey Shayala Dress’, dijual pada harga $259 di kedai dalam talian, In Good Company, namun ia kehabisan stok buat masa ini. - Foto IN GOOD COMPANY

Rekaannya yang kemas dan versatil, cukup untuk menyuntik ciri menarik pada penampilan anda tanpa kelihatan berlebihan bagi pakaian pejabat.

Dengan 2026 kian menjelang, mungkin inilah masa sesuai untuk ‘menaik taraf’ koleksi pakaian anda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg