Topik diikuti
Pergi ke BHkuJennifer Garner bahagia dengan kekasih, tidak terfikir kembali pada bekas suami
Jennifer Garner bahagia dengan kekasih, tidak terfikir kembali pada bekas suami
Jennifer Garner bahagia dengan kekasih, tidak terfikir kembali pada bekas suami
Di tengah-tengah desas-desus yang bertiup kencang bahawa pelakon Jennifer Garner akan kembali bercinta dengan bekas suaminya, Ben Affleck, ramai teman Garner menafikannya.
Salah satu sumber memberitahu laman People:
“Jennifer sudah temui jejaka baru, John Miller, seorang usahawan, yang amat memahami. John tahu Jennifer perlu membahagikan tugas sebagai ibu kepada anak-anaknya bersama bekas suami, Ben Affleck, yang baru berpisah daripada Jennifer Lopez.
“Jennifer cintakan John yang santai orangnya. Kalau tak bersama Violet, Seraphina dan Samuel, anak-anaknya bersama Ben, dia akan keluar bersama John.”
Garner, 52 tahun, mempunyai tiga anak berusia antara 12 tahun dengan 18 tahun hasil perkongsian hidupnya dengan Affleck, juga 52 tahun.
“Jennifer kini lebih bahagia sebab John yang juga mempunyai anak hasil perkahwinan sebelumnya adalah lelaki yang kelakar dan bersahaja.
“Dia faham tuntutan tugas Jennifer sebagai ibu dan akur kekasihnya itu perlu berurusan dengan bekas suaminya dan memberinya semangat baru selepas bercerai dengan Lopez, hanya sebagai sahabat,” kata sumber berkenaan.
