Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jerih payah Salimah Mahmood cari rezeki sebagai anak seni

Penyanyi lagu ‘Melati Suntingan’, kini nenek 11 cucu, dua anak kini sarjana
Nov 16, 2023 | 05:30 AM



Perjalanan seni penyanyi kelahiran Singapura, Salimah Mahmood, bermula lima dekad lalu dan terus bersinar hingga ke hari ini.

Beliau bermula dengan memenangi pertandingan nyanyian semasa berusia 11 tahun pada 1973 dan mendapat bimbingan daripada Nona Asiah.

Kejayaan itu diikuti dengan penerbitan album kanak-kanak.

Kerjaya seninya terus mekar dengan lagu popular seperti, Melati Suntingan pada 1979, dan lagu duet bersama penyanyi Othman Hamzah, Nyanyian Asmara, yang menjadi siulan ramai pada waktu itu.


Membesar di kawasan Queen’s Close dan pernah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Permaisura dan Sekolah Menengah Commonwealth, Salimah kini menetap di Malaysia setelah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik dan konduktor berbangsa Filipina, Mirza Eleno Abdullah, 69 tahun.

Salimah kini mengisi masa lapangnya bersama keluarga tercinta, termasuk 11 cucu.

Penyanyi yang kelihatan awet muda meskipun sudah mencecah usia 61 tahun itu turut menerima undangan korporat, namun bergantung pada keselesaan dan waktu lapangnya.

“Saya bermula dulu dengan menjuarai bintang cilik dan mendapat asuhan daripada Mak Nona Asiah.

“Dari situ, kami sempat rakam dua album kanak-kanak dengan artis-artis cilik yang lain termasuk pemuzik Singapura, Indra Shahrir, yang juga anak bongsu Mak Nona.

“Apabila saya meningkat dewasa, saya sempat menyanyi secara suka-suka untuk majlis perkahwinan bersama kumpulan The Unwanted.


“Sepupu saya pula vokalis kumpulan nasyid Al-Mizan, Faridah M. Amin. Saya juga mendapat peluang menyanyi di lounge hotel, dan seterusnya ke luar negara, khususnya menyanyi di Sabah dan Sarawak.

“Setelah pulang ke tanah air, saya ditawarkan pula untuk merakamkan album oleh penggubah lagu mapan dari Singapura, A. Hussaini Ajmain, yang juga bapa penyanyi Imran Ajmain.

“Setelah mendapat restu daripada kededua ibu bapa untuk menjadi artis rakaman, itulah kerjaya saya. Sehingga kini, saya masih lagi berkarya, jika ada kelapangan,” jelas Salimah dengan riang sewaktu ditemui Berita Harian (BH) di restoran masakan Asia, Barat dan Timur Tengah, 1819 Dine By The Quay sekitar Boat Quay.


Pentingkan pelajaran anak-anak

Salimah dengan hati terbuka menceritakan jerih payah membesarkan anak-anaknya dengan hasil titik peluh menyanyi. Dua anaknya bahkan berjaya ke menara gading.

Anak sulung, Cik Shakira Mirza, 40 tahun, dan anak bongsu, Encik Eskandarian Mirza, 38 tahun, tamat pengajian dengan cemerlang malahan memiliki ijazah sarjana dari universiti di Australia.

Beliau tanpa berselindung memberitahu kepada penulis, fokus anak-anaknya sejak kecil ialah dalam bidang pelajaran. Bukan itu sahaja, anak-anaknya juga didedahkan kepada pembelajaran Al-Quran sejak usia kanak-kanak.

“Pada 1982 setelah bertemu jodoh dan dikurniakan dua cahaya mata, sebagai ibu, memang saya agak tegas. Memang saya akan marah dan melenting jika anak-anak degil dan tak dengar kata ketika kecil dulu.

“Namun begitu, alhamdulillah, anak-anak sentiasa fokus dan menumpukan perhatian pada pelajaran, terutama sekali ketika di kelas, dan dalam mata pelajaran Matematik.

“Apabila segalanya berjalan lancar dan baik, dengan gred mereka yang menyenangkan hati saya dan suami, pada hujung minggu, kami akan bawa mereka ke Langkawi. Paling kurang dua kali sebulan kami akan ke sana.

“Ini adalah cara kami menghargai usaha anak-anak dan sebagai ganjaran untuk mereka, kerana bekerja keras. Ini juga hadiah untuk menggalakkan mereka agar terus maju dalam pelajaran.

“Walau sesibuk mana pun, pembelajaran ukhrawi dan ilmu agama anak-anak seperti fardu ain dan mengaji tidak pernah saya abaikan.

“Saya percaya pada keseimbangan, dan dari situ saya yakin, kehidupan akan lebih sempurna dan bermakna. Saya ingin lihat mereka berjaya dunia dan akhirat. Kalau hanya berjaya di dunia, itu rugi besar namanya,” jelasnya.

Rapat bersama teman artis lama

Salimah berkata kehidupannya juga dikelilingi oleh insan-insan seni yang disayangi seperti keluarga sendiri. Walaupun akur kehidupan sebagai penyanyi mempunyai pasang surutnya, namun dirinya beruntung kerana selebriti sealiran seperti pelakon lama Sophia Ibrahim dan adiknya, Datuk Khadijah Ibrahim; penyanyi Effa Rizan, Othman Hamzah, Yunizar Hussein, Salamiah Hassan dan rakan baiknya, Azlina Aziz masih lagi rapat sehingga ke hari ini.

“Kami sebagai rakan artis memang mempunyai ikatan yang kukuh sehingga hari ini. Geng-geng kami rapat. Keutuhan itu memang menyerlah sehingga kini.

“Berbanding penyanyi sekarang, saya tiada komen, tapi anda nilailah sendiri bagaimana mereka melayan penyanyi lama yang lain atau sealiran mereka. Rasanya tiada keutuhan seakrabnya berbanding penyanyi 1970-an dan 1980-an,” katanya bernada serius.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >