Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Johnny Depp derma wang saman fitnah bekas isteri kepada 5 badan amal

Jun 26, 2023 | 05:31 AM



Keseluruhan wang AS$1 juta ($1.3 juta) yang diterima pelakon Johnny Depp daripada bekas isterinya Amber Heard sebagai menyelesaikan kes saman fitnah berprofil tinggi akan disalur kepada lima badan kebajikan.

Depp, 60 tahun, dilaporkan telah mengagihkan wang itu dengan setiap badan menerima AS$200,000, lapor laman CNN. Badan kebajikan yang dipilih terdiri daripada yang membantu kanak-kanak berpenyakit hinggalah yang menyediakan perumahan selamat untuk pelbagai anggota masyarakat.


Sumber dekat dengan Depp berkata bintang filem, Pirates of the Caribbean itu memilih Make-A-Film Foundation, The Painted Turtle, Red Feather, badan kebajikan pelakon veteran Marlon Brando, Tetiaroa Society dan Amazonia Fund Alliance, sebagai penerima dana yang akan diberikannya.


Make-A-Film Foundation memadankan pelakon, penulis, pengarah dan penerbit dengan kanak-kanak yang bertarung nyawa ekoran penyakit kronik yang mengancam nyawa.

The Painted Turtle pula adalah badan yang mengendalikan perkhemahan berbeza yang mengubah pengalaman seharian buat kanak-kanak berpenyakit kronik.

Sementara itu, Red Feather bekerjasama dengan masyarakat penduduk asli untuk membangun dan melaksanakan huraian perumahan berkesan lagi berdaya tahan.

Tetiaroa Society memastikan masyarakat pulau dan pantai mempunyai masa depan.

Dalam pada itu, Amazonia Fund Alliance pula membantu membiaya projek pertubuhan tidak mengaut untung di Brazil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >