Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jom lepak! Tapi jangan sembang kosong

Lulusan poly asaskan wadah maya, ‘Lepak Conversations’, bersama rakan bagi masyarakat bincang isu penting, beri pemahaman tentang orang Melayu/Islam
Jan 09, 2024 | 05:30 AM



Membesar dalam sekitaran stereotaip dengan masyarakat Melayu/Islam dilabel ‘malas’ dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah membuat Cik Yulianna Frederika, mempersoal anggapan umum sedemikian.

Ia akhirnya mendorong Cik Yulianna, 25 tahun, mencipta satu wadah di alam maya – ‘Lepak Conversations’ – bersama seorang rakannya.

Wadah itu bukan hanya untuk menangani stereotaip sahaja, malah berfungsi sebagai ruang selamat untuk masyarakat Melayu/Islam meluahkan dan berkongsi pandangan mereka mengenai topik perbincangan yang sering dianggap tabu.

Wanita kacukan Melayu/Indonesia itu berhasrat memberi peluang kepada setiap individu untuk memperkasakan diri mereka, mendalami isu sosial dan menyumbang secara signifikan kepada pemahaman lebih mendalam tentang wacana Melayu/Islam dalam konteks Singapura.

Sedang sesetengah belia masih meneroka dan cuba memahami dunia awal dewasa, Cik Yulianna sudah menjadi pengasas ‘Lepak Conversations’ pada usia 22 tahun.

Beliau sudah memulakan perbincangan berhubung isu berat dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam, termasuk pemakaian tudung.

“Saya memulakan ‘Lepak Conversations’ dengan seorang sahabat saya yang merupakan pengasas bersama. Kami dari sekolah menengah yang sama,” ujar pengurus media sosial di sebuah syarikat media/berita, Rice Media, itu.

Lulusan diploma reka bentuk komunikasi dengan pengkhususan dalam penjenamaan dari Politeknik Temasek (TP), Cik Yulianna menemukan minat berkomunikasi melalui visual semasa mengikuti pengajian itu.

Menggabungkan pengetahuan komunikasinya dan latar belakang guaman pengasas bersamanya, mereka komited dalam mencapai matlamat menggalak masyarakat Melayu/Islam mendalami isu sosial yang penting bagi mereka.

Perjalanan itu, yang pada mulanya hanya sekadar misi peribadi mencari jawapan kepada perlakuan dan persepsi umum terhadap golongan minoriti, kini menjadi satu usaha yang dikenali ramai, termasuk golongan berbangsa dan beragama berbeza.

Melalui perbincangan sebegitu sering menawarkan penerangan lanjut tentang isu yang mempengaruhi masyarakat Melayu/Islam.

Pendekatan dan kandungan Cik Yulianna menjangkau bukan sekadar khalayak utama Melayu/Islam sahaja, bahkan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

Ia meningkatkan pemahaman mereka mengenai masyarakat Melayu/Islam.

“Saya faham akan beratnya dan sensitifnya topik-topik yang dibincangkan. Justeru, saya sering memastikan perbincangan sentiasa mengambil kira nuansa dan kandungannya juga pelbagai.

“Saya juga menekankan kepentingan menghormati, pemahaman dan nilai empati dalam setiap perbincangan di ‘Lepak Conversations’,” kata Cik Yulianna.

Beliau berkata beliau faham akan sifat topik perbincangan sensitif dan tabu, lantas Cik Yulianna memastikan nilai-nilai itu terus diamalkan di ‘Lepak Conversations’ agar dapat membuahkan perbincangan produktif dan berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >