Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penting wanita berdikari dari sudut ekonomi

Dec 20, 2023 | 05:30 AM



Wanita termasuk suri rumah, perlu berdikari daripada sudut ekonomi atas pelbagai sebab.

Wanita layak mempunyai autonomi dan keupayaan untuk menyokong diri sendiri dan menampung sudut kewangan.

Berdikari dari segi ekonomi bukan sahaja memberi kestabilan kewangan, malah meningkatkan keyakinan diri, memperkasa diri dan memiliki keupayaan untuk membuat keputusan secara bebas.

Sebab itu saya selalu mengagumi wanita yang sentiasa mencari cara untuk menguatkan kemampuan dirinya seperti Cik Kamaria Buang, suri rumah yang mengakui tidak boleh duduk diam.

Kalau tidak berkarya dalam dunia sastera, bidang yang amat diminatinya, beliau melakukan kerja kerajinan tangan lain yang sebahagian besarnya boleh menjadi sumber pendapatan.

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, tekanan untuk menyumbang secara kewangan sambil mengurus tanggungjawab di rumah boleh menjadi sangat menekan.

Justeru kemahiran seperti seni, kerja kraf, mengait, dan memasak tidak hanya berharga untuk memperkaya kehidupan seseorang, bahkan juga berpotensi menjadi sumber pendapatan.

Berbekal kemahiran sebegitu, ia meningkatkan nilai pasaran seseorang dan ia boleh diubah menjadi perniagaan yang berjaya atau peluang bekerja secara bebas.

Wanita, terutamanya kaum ibu, seharusnya mempunyai kebebasan untuk memanfaatkan bakat itu pada kadar yang mereka sendiri mampu lakukan tanpa tekanan.

Tidak dinafikan, bekerja sendiri dari rumah sambil mengurus keluarga, boleh membuat wanita berasa sunyi, seperti yang diluahkan oleh usahawan fesyen dan pempengaruh, Cik Drea Chong.

Beliau mengakui bahawa bagi kebanyakan ibu, mencari masa yang sesuai untuk bertemu rakan-rakan tanpa anak atau malah rakan yang juga ibu dengan anak mereka adalah satu cabaran besar.

Beliau menjelaskan bahawa jadual yang berbeza antara ibu dengan rakan yang masih solo menjadi satu perkara yang sukar diatasi.

Waktu yang sesuai untuk bersosial bagi ibu dan waktu yang sesuai bagi rakan solo tanpa menggalas banyak tanggungjawab keluarga sering tidak bertepatan.

Itulah realiti yang dirasai oleh ramai ibu, terutamanya yang mempunyai anak kecil, dalam kehidupan sosial mereka.

Namun ia boleh menjadi isu sementara kerana akhirnya, anak akan membesar dan banyak saluran boleh digunakan untuk memberi kaum ibu lebih banyak masa melakukan kerja lain kelak.

Jangkaan masyarakat bahawa wanita sepatutnya menguruskan tanggungjawab di rumah sambil menyumbang secara besar-besaran kepada pendapatan keluarga boleh membawa tekanan besar.

Tekanan itu boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan kesejahteraan.

Memberi ruang kepada wanita untuk seimbangkan aspirasi peribadi, tanggungjawab keluarga, dan sumbangan ekonomi tanpa harapan yang tidak realistik adalah penting demi kebahagiaan dan kepuasan mereka secara keseluruhan.

Selain itu, mengiktiraf dan menghargai sumbangan yang dibuat oleh wanita di dalam rumah tangga, sama ada mereka menghasilkan pendapatan atau tidak, adalah penting.

Kasih sayang, penjagaan, dan sokongan emosi yang mereka berikan adalah sumbangan yang tidak ternilai kepada unit keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Pada hakikatnya, keupayaan berdikari dari segi ekonomi bukan bermaksud menetapkan standard yang tidak boleh diubah atau memaksa wanita mematuhi jangka masa atau harapan tertentu.

Ia bermaksud memberikan peluang, sokongan dan fleksibiliti supaya wanita dapat memilih jalan sendiri.

Dengan itu, mereka dapat menyumbang mengikut keupayaan dan keutamaan mereka, dan mencapai kestabilan kewangan tanpa mengorbankan kesejahteraan atau menggugat rentak peribadi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >