Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kajol bela nasib Madhuri

Jul 31, 2023 | 05:31 AM



Siapakah antara pelakon Bollywood yang kurang diberi pengiktirafan dan masih dinilai rendah dalam industri sedangkan sumbangannya begitu banyak?

Itulah soalan yang diajukan media India, India Times, kepada pelakon Kuch Kuch Hota Hai, Kajol, 48 tahun.


“Sahabat saya, Madhuri Dixit...” jawab Kajol dengan cepat.

Kalau diimbas kembali, memang mereka berdua saling bersaing bagi peranan yang ditawarkan pengarah filem ‘pecah panggung’ pada 1990-an sebelum masing-masing berumah tangga pada puncak kerjaya mereka dan mengambil cuti bersalin selepas itu.

Walau apa pun, Kajol tidak pernah sempat berganding bahu dengan Madhuri, 56 tahun.

Suami Kajol, Ajay Devgan, 54 tahun, bagaimanapun, pernah berurusan dengan Madhuri dalam beberapa filem. Terkini mereka berkongsi set dalam filem aksi komedi 2019, Total Dhamaal.


Madhuri, bagaimanapun, berpasangan dengan hero serasinya, Anil Kapoor, 66 tahun.

“Saya sebenarnya tak rasa Madhuri mendapat peranan sewajarnya dalam filem. Tak banyak kerencaman pada watak yang diberikan kepadanya. Beliau kurang diiktiraf dan dinilai sebaiknya,” kata Kajol dalam satu wawancara Zoom.

Tahun lalu, Madhuri dan Kajol kelihatan menari bersama dalam satu majlis Deepavali yang diadakan pereka fesyen Manish Malhotra, 56 tahun, di rumahnya. Irama yang berkumandang ialah lagu terkenal Abba Dancing Queen.


Kajol menambah bahawa beliau kini berharap wadah penstriman akan lebih memberi tumpuan kepada kandungan drama atau filem yang dikuasai pelakon wanita.

“Sebabnya, wanita masa kini sudah mula memperolehi gaji yang lebih. Mereka pastinya inginkan filem tentang wanita daripada wanita yang boleh ditonton di layar pawagam. Ia berbeza daripada zaman dahulu di mana pasaran filem dikuasai lelaki dan kandungannya pastinya dibuat untuk lelaki,” ujar Kajol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >