Kaki Jalan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vietjet lancar lebih banyak penerbangan S’pura-Ho Chi Minh

Terdapat 35 penerbangan secara keseluruhan setiap minggu antara kededua destinasi
Feb 13, 2025 | 3:12 PM
Vietjet akan meningkatkan bilangan penerbangan antara Singapura dengan Ho Chi Minh di Vietnam.
Vietjet akan meningkatkan bilangan penerbangan antara Singapura dengan Ho Chi Minh di Vietnam. - Foto VIETJET

Bermula 30 Mac, syarikat penerbangan Vietjet akan meningkatkan bilangan penerbangan antara Singapura dengan Ho Chi Minh di Vietnam, daripada dua kepada tiga penerbangan ulang alik setiap hari.

Ini membawa kepada sebanyak 35 penerbangan secara keseluruhan setiap minggu.

Berkongsi kemas kini tersebut menerusi satu kenyataan media, syarikat penerbangan itu berkata peningkatan ini selaras dengan usaha mereka untuk memenuhi keperluan perjalanan musim panas akan datang dan memberi lebih fleksibiliti kepada pengunjung.

Vietjet menambah bahawa peningkatan ini bertujuan merangsang pertumbuhan perdagangan, ekonomi dan pelancongan antara kedua-dua negara.

“Penerbangan tambahan juga memenuhi keperluan pelancong perniagaan, menyediakan sambungan lancar dan cekap antara kedua-dua hab dinamik ini,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Penerbangan tambahan selama dua jam itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada 3.25 petang, dan mendarat di bandar Ho Chi Minh pada 4.30 petang.

Sementara itu, penerbangan dari bandar Ho Chi Minh akan berangkat pada 11.20 pagi dan tiba di Singapura pada 2.25 petang.

Bagi meraikan tambahan penerbangan ini, Vietjet akan menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi tiket kelas ekonomi dari 10 Februari hingga 16 Februari.

Promosi ini adalah untuk semua penerbangan dan laluan VietJet antara 1 Mac dengan 22 Mei.

Vietnam menawarkan pengalaman pelancongan yang kaya dengan landskap menakjubkan, budaya penuh meriah dan sajian lazat.

Dari pantai tidak tercemar Da Nang, Nha Trang, dan Phu Quoc hingga ke keajaiban Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Ha Long Bay, Ninh Binh, Hoi An dan Hue, Vietnam tentu sekali dapat memenuhi cita rasa setiap pelancong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg